7 PETUA ELAK ANAK SEMBELIT SAMPAI KENA SELUK

Assalamualikum semua..

Sembelit bukan la sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Saya sendiri dulu pon selalu kena sembelit sampai rasa macam seriau tiap kali nak membuang. Tapi bagaimana kalau sembelit ni kena pada anak kecil kita?



Pernah tak anak mengadu sakit perut tapi tak boleh nak membuang. Atau pon bahasa pasarnya tak boleh nak berak? Merengek-rengek kan sampai kita sendiri pon tak tahu nak buat apa. Bila tiba waktu begini kita sebagai ibu bapa yang prihatin ni tentu berfikir bagaimana cara untuk elak anak sembelit.

Ibu dalam video ni pon pernah mengalami nasib seperti anda. Lebih teruk lagi suami dia siap-siap dah standby nak seluk najis anak dia tiap kali nak berak. Nasib baik dia amalkan apa yang dia buat dalam video ni.


Cuba bayang kan anak kita yang kecik tu sembelit. Dah la umur pon tak sampai setahun. Nak bercakap pon tak pandai lagi. Taw-taw dia merengek jer. Tak ke huru hara hidup kita. Nak buat apa keje pon tak boleh. Nak masak tak boleh. Nak keluar tak boleh. 

TANDA ANAK ALAMI SEMBELIT 

Tahu tak yang kita boleh tahu sama ada anak kita mengalami sembelit melalui beberapa tanda.
  • Bayi kelihatan resah dan menangis
  • Perut atau abdomen keras
  • Tidak selesa ketika membuang air besar
  • Mengadu sakit dan kelihatan meneran ketika membuang air besar
  • Najis kelihatan kering, keras dan berbiji
  • Kentut dan najis berbau lebih busuk.

PUNCA ANAK SEMBELIT TERUK

  • Kurang serat dalam diet
  • Pemberian susu formula- bayi yang diberi susu formula lebih mudah terkena sembelit berbanding yang minum susu ibu.
  • Bayi yang mula makan makanan pejal kerana perut bayi masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Selalunya bila anak kita sembelit, mereka akan cuba elak untuk makan. Kita yang dewasa ni pon kadang-kadang bertindak begitu kan. Apatah lagi anak-anak kita. Tapi kanak-kanak ni fikirannya belum boleh beza baik dan buruk sepenuhnya. Jadi ada anak-anak yang tak nak makan sampai jadi kurus. Anda nak ke anak anda kurus sebab menderita sembelit? Tak kan kita buat tak tahu je kan.

7 CARA ELAK ANAK SEMBELIT


1. GALAKKAN ANAK MINUM AIR MASAK

Cairkan bancuhan susu anak supaya dapat menghasilkan bahan kumuh yang lebih lembut. Jika anak anda berumur lebih dari 6 bulan, anda boleh memberi dia minum air suam.


2. BERI MAKANAN BERSERAT TINGGI

Beri anak anda makanan yang mengandungi serat tinggi seperti pisang, betik, epal, jagung dan sayur-sayuran hijau. Makanan yang mempunyai serat tinggi boleh membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.



3. TUKAR JENIS SUSU

Sesetengah kanak-kanak tidak terkesan dengan apa jua jenis susu yang diberi. Tetapi sesetengah kanak-kanak memberi impak yang besar terhadap jenis susu yang di minum. Oleh itu tidak salah sekiranya anda cuba menukar susu bagi melihat keberkesanannya.


4. AJAK ANAK MAIN AIR DALAM BILIK MANDI

Kadang kala lampin pakai buang dan posisi berdiri menyukarkan proses penyahtinjaan. Salah satu cara untuk memudahkan penyahtinjaan atau mengelakkan dari sembelit berlaku ialah dengan mengajak anak anda bermain air di dalam gayung dengan kendudukan mencangkung. Pastikan lampin pakai buang telah dibuka.

AWAS! Pastikan bilik mandi anda mesra-kanak-kanak. Alihkan atau simpan segala jenis bahan yang berbahaya dari bilik mandi.



5. BAGI MINUMAN PRIBIOTIK

Apa tu minuman pribiotik? Alaa Yakult, vitagen, bliss, tu semua minuman pribiotik la tu. Anak-anak kita tentu suka minuman ni kan. Sebab minuman pribiotik ni mengandungi bakteria baik yang diperlukan oleh usus dan perut kanak-kanak. Ia akan memudahkan proses penyahtinjaan.



6. DIET RENDAH LEMAK, GULA DAN KANJI

Proses penghadaman akan menjadi perlahan apabila terdapatnya kandungan lemak, gula dan kanji dalam makanan. Penghadaman yang perlahan akan menyebabkan najis menjadi keras dan mengakibatkan sembelit.


7. BERIKAN ANAK RUANG DAN MASA

Ketika proses penyahtinjaan berlaku, elakkan dari menggangu fokus anak anda. Beri ruang dan masa untuknya bersendiri.


Ada tak anda cuba petua-petua kat atas ni? Macam mana? Menjadi tak? Kalau nak anak-anak kita gembira macam anak-anak dalam gambar ni, kita mestila usaha kan sesuatu bukan. Tak ada masalah sembelit. Supaya anak kita dapat makan makanan yang mereka gemari dan dapat bermain dengan ceria. Tak kan kita nak anak kita sedih. Murung. Tak nak makan. Kita sebagai ibu bapa ni pon tentu tak senang hati kan.

Tengok model kat atas tu, anak-anak gembira. Ibu dah tentu lagi gembira dan senang hati. Dapat tengok anak membesar dengan ceria.

Tapi kadang-kadang tak semua petua kat atas tu menjadi betul tak. Macam akak dalam video tu, dia pon dah cuba bagi anak nya makan makanan berserat. Tapi tak jalan juga. Jadi nak buat macam mana?

MEALSHAKES ATASI SEMBELIT

.
Meal Shakes merupakan satu produk dari Shaklee yang dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit anak anda. Meal Shakes mengadungi sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia mempunyai sembilan jenis asid amino perlu untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Yang paling penting ialah Meal Shakes ni adalah dari bahan semulajadi. Tak ada pewarna tiruan. Tak ada perasa tiruan.

Ada pulak yang terfikir. "Anak aku boleh minum ke Meal Shakes ni". "Apa rasa nya." Jangan risau. Meal Shakes memang dirumuskan khas supaya anak-anak kita suka kan rasa nya. Ia mempunyai perisa Vanilla. Confirm anak-anak akan suka kannya. Ia juga boleh dicampur dengan minuman-minuman kegemaran anak anda.

Jadi apa tunggu lagi. Dapat kan meal shakes untuk anak syurga anda hari ini juga. Tak kan kita nak biarkan mereka terus dalam sembelit kesakitan kan. Orang dewasa yang sembelit berpanjangan pon boleh dapat buasir. Apatah anak-anak kita yang masih kecil tu.

JANGAN HANCURKAN MASA DEPAN ANAK ANDA!



Untuk sebarang pembelian dan ingin mendapatkan nasihat atau konsultasi kesihatan anak anda secara eksklusif boleh hubungi saya di medium seperti berikut:

Your SIDPRO!
Hannah Farhana (ID 1176244)
Pengedar Shaklee Melaka dan Seluruh Malaysia

Tel: 0197000820

COD : Cheng, Pokok Mangga, Malim, Bandar Hilir, Bachang, Seri Negeri
Share this article :
+
Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "7 PETUA ELAK ANAK SEMBELIT SAMPAI KENA SELUK "

takutnyer dengar sampai kene seluk, huhu!
alhamdulillah anak yien setakat ni takde masalah lagi, harap2 berkekalanlah, amin~

Tu la kan.. Sian anak dan ayah. Saya sebelum ni pon kena sembelit teruk dah tak tahan. Ni lagi budak-budak

kesian kat anak-anak kita kan.

saya kalau anak sembelit bagi susu formula je. inshaallah, jadi. berkesan. sembelit anak sy ilang.

ye ke? susu apa awak guna En. Mohsin? sbb anak sy slalu sembelit. risau jugak kdg2 duk tgk dia mnjerit mnangis dlm toilet masa buang air besar.

saya beri anak saya susu mamil @Stevie G. setakat ni saya rasa anak saya tak ada masalah sembelit dah lepas guna mamil. maybe sebab kandungan prebiotik dalam susu mamil yg mmbantu mghalang sembelit. sbb ada kwn saya keje doktor pernah kata prebiotik ni bagus untuk sistem usus kanak2.

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top