10 PERKARA PENTING YANG PERLU DILAKUKAN DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah setelah sekian lama jemari ini tak menari di papan kekunci, hari ini ia kembali menari. Chewahh.. Bunga-bunga betul ayat tu ek. Hehehe. Bukan apa, semua orang tahu bulan Ramadhan dah tak berapa lama lagi kan. Jadi jiwa saya pon rasa meronta-ronta nak share sesuatu mengenai bulan barakah ini.



Harap-harap kita semua menanti-nanti bulan penuh barakah ini. Harapnya tak ada la yang stress pulak ye.  Hehehe Kalau sebut nak raya, semua dah fikir baju raya nya warna apa, langsirnya pesen apa, nak balik kampung suami ke isteri, baju raya berapa helai.

Tapi terfikir tak kita persedian menjelang ramadhan. Apa persediaan anda semua? Dah study tak bab-bab puasa. Ok kalau belum tak apa. Masih ada sikit masa lagi ni. Jom kita study sama-sama.

Oh ye. Sebelum lupa, jom dengar lagu-lagu ramadhan dalam playlist saya kat bahagian kanan bawah tu.. Bagi naik sikit mood Ramadhan kita. hehe

#1 NIAT PUASA

Walaupun niat puasa ni nampak macam senang, tapi ada jugak yang tak ingat. So kena ulangkaji balik, apa niat nya, bila nak baca, kalau dapat tahu maksud lagi bagus.



Haa.. Tu dia. Siapa yang tak ingat dah boleh mula ingat dah. Nak senang baca niat puasa untuk sebulan terus. Kalau tak silap, nak baca niat puasa sebulan ni kena baca malam 1 Ramadhan tu. Mohon pencerahan siapa yang arif. Nak lebih afdhal baca je niat puasa tu hari-hari. Buat lebih tak salah kan..

#2 PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Anda semua ingat tak apa perkara yang membatalkan puasa? Puasa dari segi bahasa maksudnya menahan kan? Apa yang perlu ditahan tu...



#3 AL-QURAN DITURUNKAN

Bulan Ramadhan adalah bulan mulia di mana Al-Quran telah diturunkan. Maaf, Saya tak dapat nak ulas lanjut mengenai penurunan Al-Quran kerana saya bukan AHLI. Tapi sebagai seorang islam suka saya nak ajak rakan-rakan untuk kita sama-sama memperbanyakkan amalan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan ni. Moga bertambah pahala puasa kita setiap hari. Kalau dapat kita khatam kan Al-Quran di bulan mulia ni Alhamdulillah.

Saya nak share kan cara yang kita boleh lakukan supaya dapat khatam Al-Quran di bulan mulia ni selain kita BERTADARRUS secara berkumpulan.



#4 RESEPI SAHUR TAK LAPAR DAN BOLEH KURUS

Siapa sini yang tak suka sahur? Siapa tu.. Siapa tu.. Hehe Tak elok taw tak sahur sebab apa sahur ni ada berkat nya yang tersendiri. Insyallah.


Suka saya nak share resepi sahur yang insyallah boleh tahan lapar dan bertenaga semasa berpuasa supaya kita dapat laksanakan ibadah-ibadah yang dituntut.

RESEPI SAHUR YANG OHSEM

1 botol Shaker
1 Scoop ESP
3 Scoop Cinch Shake
250mL air sejuk

Cara-cara penyediaanya:
1. Campurkan kesemua bahan di atas. 
2. Shake selama 1 minit.
3. Sedia untuk diminum. Nyum.. nyum..
4. Jangan lupa baca bismillah..

Insyallah dengan pengambilan ESP dan Cinch Shake yang konsisten, kita bukan sahaja dapat tahan lapar, kata lain nya rasa kenyang ketika berpuasa, malah kita akan lebih bertenaga dalam menjalani ibadah puasa. Pengambilan ESP juga dapat membantu mencantik dan memuluskan kulit kita.. 

Tak percaya?? Baik Cuba..  Berbaloi-baloi..
p/s: kalau nak tengok testimoni ESP boleh KLIK SINI

#5 RESEPI SEBULAN BUKA PUASA

Bagi ibu-ibu yang kesuntukan masa dan suntuk buah pikiran nak masak apa untuk berbuka puasa Ramadhan dah tak payah pening. Ni saya dah list kan dah apa yang ibu-ibu boleh masak. Kalau ada ibu-ibu yang berkerjaya tu boleh prepare dah siap-siap bahan yang akan digunakan untuk satu minggu tu.

RESEPI RAMADHAN MINGGU 4 << KLIK SINI

#6 SOLAT SUNAT TERAWIH

Bila masuk bulan puasa je, berduyun-duyun lah kita semua ke masjid kan. Solat terawih la.. Nak solat terawih ni kan, tak perlu la ikut malam-malam tertentu untuk dapat fadhilat tertentu. Tak silap saya, tak ada hadis-hadis sahih yang melandaskan fadilat tertentu untuk malam yang tertentu. Kalau dapat pergi tiap-tiap malam lagi bagus.

Sebelum nak solat terawih kena baca niatnya. Betul tak. Ingat tak niat solat terawih?



Serba sedikit info terawih:
  • Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
  • Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
  • Boleh dikerja kan sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat.

#7 AWAS PASAR RAMADHAN!

Param.. Param.. Wahh.. Antara perkara yang semua orang tak akan miss pergi masa bulan puasa ni ialah PASAR RAMADHAN. Betul tak. Hehe. Saya sendiri pon, antara perkara yang saya rindu dalam bulan ramadhan ialah pasar ramadhan. Tapi.. AWAS!! 

Selalu nya kita pergi param sebelum bukak puasa kan (of cos!). Jadi cuba banyakkan keadaan kita yang LAPAR. DAHAGA. PENAT (Tapi jalan kat param 1 km pon tak penat. Acaner..). Pastu kita g param yang ada jual macam-macam tu. Segala makneka ada. Yang tak ada jual time tak puasa pon ada. 

Dah tentu-tentu la nafsu kita bergelora nak beli macam-macam kan? Tengok nasi ayam, beli nasi ayam. Jalan depan lagi nampak nasi ambeng, beli nasi ambeng, jalan lagi, nampak tepung pelita, beli tepung pelita 2 hinggit. Eh boleh kata jalan dari hujung sampai ke hujung tu, semua la nak di beli nya.

Tu belum kira taktik peniaga yang nak lakukan jualan diorang. Apa taktik nya? Jual kuih 5 keping 2 ringgit. Kita pon beli 5 keping. beli lagi Nasi tomato. Roti John. Murtabak. Laksa. Bila dah bukak puasa kuih sekeping je yang dimakan nya. Yang lain? Ba Wau Alif Nga. Buang. Membazir kan..



Jadi bagi mengelak kan pembaziran, saya nak share sedikit TIPS atasi taktik peniaga PARAM.

  1. Kalau tak bercadang nak masak, beli main course 1 JENIS SAHAJA. Ingat. 1 jenis je. Nasi tomato ke. Nasi Beriani ke. Nasi Kerabu ke. Tak kisah la anda nak makan apa untuk main course tu yang penting 1 SAHAJA!
  2. Kuih-muih tu beli sekadar keperluan sahaja. Kalau peniaga jual 5 keping 2 hinggit. Tak perlu beli sampai 2 ringgit. Beli 2 keping je kan boleh. Jadi duit anda juga yang jimat.
  3. Kuih-muih ke nasi-nasi tu pulak tak payah la di cubanya semua dalam 1 hari. Param kan ada 30 hari. So 1 hari beli 1 jenis cukup la. Pilih la nak beli karipap ke, roti john ke, murtabak ke, nasi beriani ke, nasi arab ke. PILIH 1 SAHAJA! Esok cuba kuih/nasi lain pulak.
  4. Air pon sama. Tak payah beli banyak. Uish time dahaga ni semua air nampak sedap. Warna kuning, warna oren, warna ungu. Uish. Pastu nampak pulak titisan ais kat keliling plastik tu. Pehhh. Memang meleleh air liur. Habis semua kita borong. Bila dah bukak puasa, minum air seteguk je. Betul tak. Betul tak.

#8 ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki fan perempuan muslim yang sudah berkemampuan dengan syarat-syarat tertentu.
*info dari Pusat Zakat Melaka



Saya tak pasti kadar ini sahih atau tidak. Tapi boleh dijadikan panduan untuk pembayaran zakat nanti. Mohon rujuk kepada yang lebih arif.

Hukum zakat fitrah?
WAJIB bagi orang islam yang mampu mengeluarkannya pada waktu yang ditetapkan.

Bila anda patut bayar zakat fitrah?
Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari awal ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat aidilfitri.

Bagi mengelakkan kita terlupa atau tak sempat bayar zakat fitrah pada waktu nya, SEGERA la kita menunaikannya. BERSIH JIWA SUCI HARTA.

Walaubagaimanapun waktu yang paling afdhal adalah selepas solat subuh akhir Ramadhan sehingga la sebelum solat sunat aidilfitri.


#9 SEDEKAH

Bila tiba bulan ramadhan, memang ramai yang akan bersedekah. Kebiasaannya sedekah dengan menjamu orang lain berbuka puasa. Lebih afdhal dijamu anak-anak yatim atau mereka yang dalam tidak senasib seperti kita. 

Dengan bersedekah di bulan ramadhan, Allah akan lipat gandakan pahala puasa kita. Insyallah.


Tapi jangan la sedekah bulan ramadhan je. Bulan-bulan lain tak nak sedekah pon. Tak boleh la macam tu. Sedekah jangan la kira bulan. Betul tak.

Bukan ke tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Psstt.. Taw tak apa rahsia nak kaya? SEDEKAH la jawapan nya 1 kita beri 10 Allah bagi. Insyallah.

#10 MALAM TERAKHIR

Antara bait-bait lagu malam lailatulqadar dinyanyikan oleh raihan.

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam 
Nilainya menyamai dengan 1000 bulan
Itulah dia malam  Al-Qadar
Hadiah pada hambaNYA yang bertakwa.

Singkaplah tabir di sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaanNYA
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan mohon keampuanan

Dalam playlist kat bawah kanan tu ada saya belanja lagu ni satu.. hehe

Rasa tak sabar saya nak jumpa bulan Ramadhan. Saya percaya anda pon pasti nanti-nantikan Ramadhan kan. Jom sama-sama kita lakukan ibadat semaksima mungkin. Manfaat kan bulan ramadhan.

Till we meet in the next entry
~~ Selamat berpuasa~~
~~Happy Reading~~



Share this article :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "10 PERKARA PENTING YANG PERLU DILAKUKAN DI BULAN RAMADHAN "

Ahlan ya Ramadhan..siap ada muzik la Nana

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top