CARA PENGENDALIAN SUSU IBU (EBM)

Assalamualaikum semua..

Setelah hampir 3 bln berkecimpung dengan dunia EBM ni, so sy terpanggil untuk tulis entri ni, So dalam entri kali ni, saya nak citer bagaimana cara kita nak menyimpan EBM dan segala makneka mengenai EBM. Untuk ibu2 yang dh berpengalaman, anak ke2, 3 dan seterusnya mungkin xde masalah. Dh expert orang kata.. huuhu Biasanya yang ramai xtahu mengenai EBM ni ialah bakal2 ibu.. Yang baru pertama kali mengandung..

Apa itu EBM? Dalam ENTRI sebelum ini saya dh citer serba sedikit mengenai cara penyimpanan EBM. EBM adalah susu ibu yg diperah kemudn disimpan di dalam peti sejuk.. Sama ada di bhgn chiller atau pon freezer. EBM sesuai di amalkn terutamanya oleh ibu2 yg bekerja. Xkira la kerja shift or opis hour. Utk ibu yg menjadi suri rmh pon blh je klo nk perah untuk buat stok.

Kalau rasa panik susu ibu-ibu tiba-tiba drop, cuba tengok video ni:
Konsep yang perlu diingat mengenai EBM untuk mereka yang bersungguh2 nak susukan baby ialah :

DEMAND AND SUPPLY

Apa tu konsep 'demand and supply'? 
OK. Sebenarnya susu ibu ni sangat bergantung kepada permintaan. Siapa yang akan mintak? dh semestinya la baby kita kan.. Makna nya SEMAKIN BANYAK susu kita diperlukn oleh bayi, SEMAKIN BANYAK susu yang akan kita hasilkan.. Macam mana nak bagi bayi kita perlukan susu kita dengan banyak? Salah satu kaedah nya adalah dengan memberi susu kepada bayi kita SETIAP 2 JAM. Ada juga yang cakap: Baby sy tido.. Kesian nak kejutkan dia. Seeloknya, korang kejut kan jugak baby tu.. Tapi kalau dia baru je tido memang kesian kan.. So apa yang perlu kita buat adalah. PUMP! Semasa kita pump or perah tu, kelenjar2 susu kita akan beritahu pada otak kita, yang susu itu sedang diminta "DEMAND". Jadi otak akan sampikan pada kelenjar semula supaya hasilkan susu "SUPPLY". Apakah alat yang digunakan untuk pump?? Of coz la breastpump kan..   

FAKTA BUKAN AUTA : 
Bayi akan menyusu lebih kurang 40 minit ke sejam untuk setiap sesi.. Bayi saya pernah menyusu sehingga 3 jam lama nya untuk 1 sesi..

Ok. bercerita mengenai pump or breastpump (BP), korang taw x spec2 yang korang perlu pertimbangkan untuk membeli BP? Kalau belum taw, meh sy share skit.. Ni based on pengalaman sy je kay.. Mungkin ada ibu2 yang pernah tanya2 pada kawan2 or sedara mara, jawapan mereka mungkin lain sikit..

     



Jenis: Electric BP (macam dalam gambar). Manual BP. 
Brand: Madela. Autumnz. Rumble Tuff. Avent. Malish. Snow Bear. Eve love.
Phase: Simulation. Expression

ELECTRIC BP
  • 2 jenis: Single pump. Double pump (boleh pump kedua2 belah miss b pada waktu yang sama)
  • Masa: Normally setiap BP akan pump selama 30 minit maximum. BP akan stop sendiri biler kita dh pump selama 30minit.
  • Suction or sedutan : Ada BP yang ada suction sehingga Level 9! Tp biasanya xpakai sampai 9 pon. Level 4 or 5 dh ok dah..
  • Ada Elektrik BP yang ada simulation phase. Ada yang xde. Biasanya simulation phase ni automatik utk 2 minit yang pertama. Kemudian dia akan convert ke expression phase untuk minit yang seterusnya.  Simulation phase tu apa?


Info tambahan :   
  1. Simulation phase: Simulation phase ni adalah satu fasa yang menyerupai hisapan bayi pada peringkat awal hisapan. Di mana bayi akan menghisap pada sedutan yang ringan tetapi dalam masa yang singkat. Macam mana nk cakap ye.. Emmm senang cakap baby hisap miss b kita tu laju-laju.. (Kalau ada BP skrg ni, cbe dgr bunyi dia cenggini zret.zret.zret.zret.zret. Bunyi dia laju.. Cepat dan ringan) Simulation phase ni penting supaya miss b kita x terkejut untuk hasilkan dan keluarkan susu semasa kita mengepam. Biasanya simulation phase ni akan bertindak untuk 2 minit yang pertama, suction sekitar level 1-2. Then BP kita akan auto tukar level time by time ke level 4 or 5, depends on jenis BP. Level 3 dan ke atas kita nama kan sebagai expression phase. Iaitu fasa yang mana hisapan adalah lebih kuat dan lama.. (Kalau ada BP skrg ni, cbe dgr bunyi dia cenggini zreeeet... zreeeet... zreeeet... Bunyi dia lambat.. Perlahan dan kuat)
  2. Bilangan Motor double pump: ada yang double pump mempunyai 2 bilangan motor. Ada yang mempunyai 1 motor (contoh dalam gambar tu BP yang ada 1 motor).  Kelebihan untuk 2 motor ni ialah, kalau 1 motor rosak, 1 lagi masih boleh digunakan.)
  3. Power Bank : Sekarang ni banyak supplier BP yang offer skali dengan power bank cable. So u all might need power bank to untuk memudahkan lagi proses mengepam. 
  4. Collection cup : most of BP mempunyai collection bottle yang perlu dipegang or digantung. so tempat untuk kita nak pump tu agak terhad. Tp sekarang supplier dah buat inovasi. Dorang create collection cup. for the time being the only supplier untuk collection cup is FREEMIE.. dan harga dia sedikit mahal (maklum la pengeluar tunggal)..



MANUAL BP
  • Masa: Ikut kesesuaian diri sendiri. Tapi.. Maksimum pump 30minit je taw..
  • Suction or sedutan : Pon ikut kesesuaian siri sendiri. Ada org suka sedutan yang kuat, ada yang suka ringan je..
  • Ada juga Manual BP yang ada simulation phase. Kebanyakannya xde. Antara manual BP yang ada simulation phase is Madela harmony. Saya tahu mengenai simulation phase ni pon melalui BP madela ni. Kalau x, saya pon xtahu jugak..
Untuk buat simulation phase, tekan bahagian depan knob tu..

BP sangat penting untuk ibu2 yang bekerja.. Sebabnya biler kita dah kerja, baby x lg bersama dengan kita. So biler kita biarkan je miss b kita selama lbh kurang 8jam (Normal office hour) ada banyak kemungkinan boleh berlaku. 1. Miss b akan membengkak dan kita akan rasa sakit yang teramat. 2. Miss b x membengkak, tetapi ia boleh mengurangkan penghasilan susu kita. Klo keep continuing xpump, production kita akan menurun dan lama2 kita x dpt hasilkan susu dh.. Back to konsep penyusuan..

DEMAND AND SUPPLY


FAKTA BUKAN AUTA : 
Sebenarnya semasa tempoh berpantang (Selama 44 hari) Kita akan hasilkan susu yang berkualiti disebut sebagai colostrum. Bila dh lama2 (selepas 44hari) kita memamg xakan dapat produce susu colostrum ni lagi. Yang dapat hanyalah foremilk dan hindmilk jer.. SO.. Ibu2 sekalian, masa pantang ni pump selalu ye.. Boleh buat stok. Kawan saya pernah ckp dia dapat buat stok sehingga 1000oz sebelum naik kerja.. Banyak kn??So.. untuk simpan semua susu2 yang dipam ni, kita perlukan beberapa pekakas. Apa pekakasnya??



PEKAKAS UTK MENYIMPAN EBM
EBM boleh disimpan menggunakan 2 jenis pekakas (yang ada dipasaran) :
1.Storage Bottle.

Biasanya sy menggunakan storage bottle utk EBM yang akan disimpan di bahagian chiller atau Chilled EBM. Chilled EBM hendaklah dipanaskan di dalam feeding bottle ataupun botol susu yang digunakan utk memberi susu kepada bayi anda. JANGAN SESEKALI MEMANASKAN CHILLED EBM MENGGUNAKAN STORAGE BOTTLE. Penggunaan botol lebih mudah dan jimat kerana botol ini boleh digunakan semula utk penyimpanan EBM yg baru. 

        
2. Storage Bag
Storage Bag sesuai digunakan jika kita hendak menyimpan EBM di bhgn freezer ataupon dipanggil sebagai FROZEN EBM. Penggunaan storage beg ini akan memudahkan kaedah penyimpanan frozen EBM jika dibandingkan dengan penggunaan botol. Kerana penyimpanan menggunakan storage bag dpt menjimatkan ruang. Frozen EBM perlu disimpan dengan menggunakan teknik penyusunan yang betul. Storage Bag ni ada byk brand. Antaranya Autumnz, evelove, dr,brown, dll. Storage Bag mpy 2 saiz iaitu yg boleh memuatkan 7oz dan 12oz. 

Teknik penyimpanan yang betul bgi menjimatkan ruang utk penyusunan EBM. 

Bagaimana kah teknik ini dilakukan?
Ok. Senang je.. Utk bag bersaiz 7oz, ibu2 blh msuk kn EBM sebanyak 3-4oz kemudian leper kn beg tersebut sebelum di"ziplock". Of kos la kne hati2 supaya ssu dlm tu x tumpah. Utk Bag bersaiz 12oz, masukkan EBM sebyk 6-7oz.

FAKTA BUKAN AUTA :
Seeloknya masukkan susu ke dalam botol or storage beg mengikut kuantiti yang bakal diminum oleh baby kita untuk sekali minum. Contoh kalau baby kita minum 3oz untuk sekali minum, so kita stor 3oz je dlm botol. Ni sebab kita akan memudahkan pengasuh baby kita untuk panas kan susu tu.. (Masa anta baby pada BS nanti) Dengan cara ni kita akan kurangkan instruction to handle pada BS kita nanti. xde la dia rasa kita ni cerewet plak..

APAKAH PERKARA YANG PERLU DITULIS PD BOTOL ATAU STORAGE BAG?
Ada beberapa perkara yang PENTING utk ditulis dibhgn sisi botol atau bhgn hadapan storage bag. Maklumat ini boleh ditulis menggunakn permanent marker spy tulisan tersbut tidak hilang. 

  • Tulis nama baby (jika anda berhasrat menghantar bayi anda ke Taska atau BS)
  • Tarikh perahan
  • Waktu perahan
  • Jumlah oz (utk storage bag)
  • EBM expired date (optional)

TEMPOH HAYAT SEMASA PENYIMPANAN
1. FRESH EBM : Tahan 4 jam di dalam suhu bilik atau 8 jam dalam bilik beraircond
2. CHILLED EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, jika anak dh minum perlu habiskan dlm masa 1-2jam kerana air liur telah bercampur dgn susu
3. FROZEN EBM : Tahan 1 jam selepas di panaskan, pastikan anda panaskan mengikut jumlah yg diperlukan anak untuk sekali sesi penyusuan.

Untuk dapatkan lebih info mengenai penyimpana EBM boleh klik SINI

APA LAGI YANG KORANG PERLUKAN UNTUK STORE EBM??
1. Cooler bag
- cooler bag penting untuk kita transport EBM kita especially untuk bawa ke rmh BS dan untuk transport EBM dari opis ke rmh..
-nama pon cooler bag kn.. mestila kne pastikan dia sejuk. Macam mana? apa yg kita perlukan?

2. Ice brick
- ice brick dan cooler bag adalah 2 benda yang saling perlukan satu sama lain.. Tanpa ice brick apa la makna cooler back itu. 
- so pastikn kita beli ice brick or ice pack untuk dimasukkan dalam cooler bag anda yang comel itu..


Nasihat saya (based on pengalaman) untuk ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan ni..

Bagi menjayakan penyusuan susu ibu ni, bukan suatu perkara yang mudah. Kita akan rasa leceh, renyah, dan banyak lagi perasaan yang boleh membawa kita kepada kegagalan penyusuan. Tapi percaya lah perasaan dapat susukan anak kita dengan susu sendiri ni memang indah. Memang seronok. Xmungkin dapat diungkap oleh sesiapa yang xrasa.. Jika kita dah rasa seronok mengepam, kumpul stok ni sumer, Kita xmungkin akan rasa leceh lagi.. Malah mengepam akan mual jadi rutin harian kita..

Later saya akan share, bagaimana nak bagi susu kita banyak. Apa itu Let down Reflex (LDR)? Apa itu FIL? Untuk tahu lebih lanjut, tunggu kan entri saya yang seterusnya.. 

 Jika ingin mengetahui apakah set menyusu yang baik untuk diamalkan sepanjang tempoh berpantang dan seterusnya, boleh hubungi saya 

Your SIDPRO!
Nana Farhana (ID 1176244) 
Pengedar Shaklee Melaka
No Tel: 0197000820
Email: sitinurfarhanaaa@gmail.com

 
COD area: Cheng, Pokok Mangga, Malim, Bandar hilir, Seri Negeri, MITC
Pos: SELURUH MALAYSIA

UNTUK PEMBELIAN SET MENYUSU SHAKLEE SECARA ONLINE KLIK SINI
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "CARA PENGENDALIAN SUSU IBU (EBM)"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top