Gerak Gempur 2015. Online dan offline Marketing.

Assalamualaikum semua..

Nak story sikit aktiviti saya hujung minggu yang lepas. So hujung minggu yang lepas which is on saturday, saya attend satu talk oleh orang-orang hebat Shaklee iaitu Sr. Coordi Cik Pau dan Sr. Coordi Cik Lee (Kezen mami cery). Pada awalnya saya tak planned lansung nak pergi talk ni. Sebab every weekend dah kuar ke sana ke mari bawak amani. So ingatkan minggu lepas nak rehat la kat rumah dengan amani. Sambil-sambil tu boleh kemas-kemas rumah sekali.

Bukan apa kesian kat amani. Sebab kalau lambat sangat menyusu dia akan mengamuk. Saya pulak x berapa confident nak NIP (nursing in public). [Sebab mengada tak nak g beli nursing cover.. ahahha, rupanya biler pakai nursing cover senang giler nak NIP. Confidently of course!]. Ok. berbalik kepada cerita asal. Actually upline saya pon ajak saya pegi talk ni. Bayaran pon tersangat la murah kan. 




Jadi, bila fikir-fikir balik, elok jugak saya attend talk ni daripada saya duduk rumah. Boleh juga tambah-tambah ilmu. Kebetulan pulak suami saya kena attend persidangan parlimen, so saya akan tinggal berdua jugak dengan amani. Silap-silap masa saya kat rumah habis dengan tidur jer.. Apa pon tak dapat. 

So kami pon anak beranak bertolak la ke IYC Bandar Tun Razak petang jumaat lepas office hour, sebab husband saya akan stay di sana sepanjang persidangan berlansung. Kebetulan pulak rumah parents saya di Klang. So they all datang amik saya kat IYC coz i am not confidence enough to drive alone with Amani kat KL tu. Takot pulak kalau dia tiba-tiba mengamukkan. Nasib tak menyebelahi saya, malam itu kena pulak migrain. Sampai-sampai rumah parents, terus jer saya muntah kan semua yang saya makan sepanjang perjalanan tu (ceh.. macam jauh sangat pulak PERJALANAN itu.. hahaha). Dalam hati dah mula rasa keberatan nak attend talk ni. Lagi-lagi belum bayar kan. Lagi la rasa berat nak pergi. kalau dah bayar at least kita akan rasa ralat la tak datang sebab dah bayar kan..

Malam sebelum tidur tu saya dah rasa nak text upline saya dah, cakap tak nak pergi talk. Tapi saya tak text. Saya tangguh dulu text. Tengok esok pagi macam mane. Sebab selalunya kalau saya migrain, just tidur je untuk release kan migrain tu. Tapi esok nya bila bangun, saya still rasa kesan-kesan migrain itu lagi. Tak hilang sepenuhnya. hati dah rasa tak nak pergi dah ni. Tapi saya kuat kan semangat saya. Kuat kan hati. So saya pergi jugak walau kepala rasa sakit sikit-sikit.

Nak jadi kan cerita, saya dengan confidentnya tak tengok map masa nak pergi Faizworld Training  Center ni. (Maklum la dah biasa kat bangi. 4tahun kat UKM, kalau tak tahu jugak jalan area sana tak taw la nak cakap apa kan. hehe) So, lepas je masuk tol exit Bangi tu baru la saya on waze. Bila taip nama Faizworld Training Center, waze tak detect. Ah, sudah! Saya dah la dah lambat. Sib baik "mommy" syireen dah sampai. Boleh la tanya dia. Rupa-rupanya Training Center ni opposite PKNS je..

Ni address Faizworld Training Centre.
Kalau ada sesiapa nak ke sini boleh search keyword Paragon Point pada waze.


Ternyata usaha saya untuk attend talk ni tak sia-sia. Banyak ilmu online dan offline yang saya dapat dan saya belum pernah praktik kan sebelum ni. Sebenarnya bila kita attend class ni kita akan dapat 1001 kebaikan yang tak akan tertulis pada iklan talk tu (macam iklan kat atas tu..) yang ada pada iklan hanyalah perkongsian ilmu online dan offline. Tapi once saya attend talk ni saya dapat ilmu pasal produk, tambah networking, dapat jumpa orang-orang hebat, belajar dari pengalaman mereka, dapat naikkan semangat saya untuk teruskan perniagaan ni walau tak de orang yang respon dengan apa yang saya buat (sampai saya buat contest kt fb pon xde sorang pon yang respon. nak bagi hadiah free tu taw.. Sedih kan?) 

Tapi saya imbas balik apa yang leader-leader ni lalui sama je macam apa yang saya lalui. I just need to be tough, tougher even toughest untuk dapatkan kejayaan dalam bisness ni..

Saya dan upline saya bersama Sr. Coordi Cik Anie dan Cik Lee

Basically Cik Lee ni dah cuba macam-macam jenis MLM dan semua nya tak sama macam Shaklee. Sekarang dia tengah kutip point untuk PERCUTIAN MEWAH ke ITALY yang mendapat TAJAAN PENUH dari Shaklee. Free Hokeh! Siapa yang nak bagi free melancong? 

Saya dan upline saya bersama Individu pendapatan 6 ANGKA PM Cery

PM Cery menurut kata Cik Lee yang juga sepupunya cakap PM cery adalah seorang yang sangat pemalu. Cik Lee sendiri tak sangka yang sepupu dia ni mampu berjaya seperti sekarang. Sebab perniagaan ni memerlukan kita berhadapan dengan orang lain. So bagaimana seorang yang pemalu nak berhadapan dengan orang lain untuk market kan produk? Yang itu insyallah saya akan belajar dari PM Cery dalam kelas beliau yang akan saya attend esok. (of cos with my upline yg cute miut itu..)

Saya dan upline saya bersama Sr. Coordi Cik Pau


PERASAAN SEBELUM ATTEND CLASS

 

PERASAAN SEMASA ATTEND CLASS

Perasaan tak berapa nak xcited sebab kepala tengah sakit. Tapi gagahkan diri juga ke class.
TAPI......



PERASAAN SELEPAS ATTEND CLASS



Nak jaadikan cerita, balik dari class pon saya masih pening-pening ayam lagi, so lepas makan telan B Complex 2 biji ( No chemical, no preservatives, halal, dari bahan semulajadi, and of kos SELAMAT). Alhamdulillah hilang semua sakit pening..


Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Gerak Gempur 2015. Online dan offline Marketing."

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top