BERSYUKUR SAAT DIUJI

Assalamualaikum semua..

Kerap kali kita bersyukur bila kita dapat sesuatu yang menggembirakan. Kita dapat naik pangkat kita bersyukur. Anak kita cemerlang dalam peperiksaan kita bersyukur.



Tapi. Cuba kita fikir, pernah tak kita bersyukur kala kita dilanda kesusahan. Pernah kah kita bersyukur saat diuji. Ada tak antara kita yang ucap alhamdulillah bila orang hentam belakang kereta kita. Tak pernah kan.

Sebenarnya banyak cara dan kaedah untuk kita sentiasa bersyukur. Salah satunya macam yang disarankan dalam video ni.


Ada satu buku bertajuk Bersyukur Saat Diuji tulisan Prof.  Muhd Kamil. Seorang bekas pensyarah di UiTM Shah Alam. Kini beliau berkhidmat di Universiti Taibah kalau tak silap saya. Pertama kali membaca buku ini, telah membuka minda saya yang kita seharusnya bersyukur tak kira apa pon yang berlaku pada diri kita. Saat kita gembira. Dan lebih-lebih lagi saat kita susah.

Pernah tak anda buat log kesyukuran seperti yang diceritakan dalam video mentor saya kat atas ni.

Pada mula saya buat log kesyukuran ni saya pun macam tertanya-tanya. Apa yang saya mahu syukuri untuk hari ini. Nampak tak betapa kurang nya kita nak bersyukur. Sampai nak tulis perkara yang disyukuri pon tak tahu. Anda rasa anda bagaimana.

Itu baru nak bersyukur waktu biasa. Waktu kita rasa lapang. Tak ada masalah. Macam mana kalau waktu kita susah. Saya akui memang susah untuk kita bersyukur ketika dilanda musibah.

Pada saya ada satu kaedah yang paling berkesan untuk kita supaya sentiasa bersyukur saat sukar. Iaitu lupakan kesukaran itu dan cari setiap kenikmatan di sebalik masalah itu. Paham ke paham? Hehehe



Begini. Katakan la kereta anda dilanggar dari belakang ketika sedang memandu. Apa perasaan anda ketika itu. Dah tentu kita akan rasa marah. Bengang gila dengan orang yang langgar kereta kita tu kan.

Tapi cuba anda fikir sebaliknya. Apakah kenikmatan disebalik perlanggaran tersebut. Yang pertama ialah mungkin selepas ini anda akan lebih berhati-hati ketika memandu. Dan kenikmatan yang paling menarik adalah anda akan dapat mempelajari prosedur yang patut anda buat ketika terlibat dalam kemalangan. Itu la cara kita bersyukur saat diuji.

Anda tahu tak prosedur yang perlu dilakukan ketika kemalangan. Belum tentu anda tahu kan.



Sama juga situasinya jika kita rasa tak puas hati pada seseorang. Ataupun ada yang cuba tindas kita ditempat kerja. Jika kita terus memikirkan penindasan itu akhirnya kita yang merana. Diri kita akan penuh dengan rasa dendam dan benci pada si penindas. Akhirnya kita tidak akan pergi ke mana-mana.

Tapi cuba kita cari apakah punca penindasan itu berlaku. Dan kita cuba atasinya. Mungkin kita akan lebih berjaya dari si penindas. Begitu lah indahnya bersyukur. Dengan bersyukur kita akan selalu DAPAT.

Jika kita sibuk memikirkan kenikmatan disebalik suatu masalah kita akan kurang rasa stress dan kurang rasa marah. Saya percaya anda semua tahu bahawa STRESS adalah punca segala penyakit.



Dengan memikirkan kenikmatan anda berupaya mengelakkan penyakit. Tapi bukan lah bermakna anda patut gelak terbahak-bahak keriangan kala di landa masalah.

Oleh itu sentiasa la kita mencari kenikmatan atas apa jua yang berlaku pada diri kita. Dengan itu kita akan sentiasa menjadi orang yang bersyukur. WALAUPUN KITA DILANDA MASALAH.

Till we meet in the next entry
~~Happy Reading~~



Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "BERSYUKUR SAAT DIUJI"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top