PROSEDUR KEMALANGAN JALAN RAYA: LADY DRIVER APA PERLU ANDA LAKUKAN.

Kata orang malang tidak berbau. Begitu juga dengan kemalangan jalan raya. Walau macam mana berhati-hati pun kita semasa di jalan raya kemalangan boleh saja berlaku di atas kecuaian orang lain.

Mungkin tak semua di antara kita yang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lantas tahu kah anda prosedur yang betul yang patut anda lakukan jika terlibat dengan kemalangan. Apakah maklumat yang perlu anda dapatkan dari kejadian itu. 

Jom baca sharing berdasarkan pengalaman saya terlibat dalam kemalangan lebih kurang 5 tahun yang lalu.



Ada beberapa langkah dan maklumat yang anda perlu rakam kan apabila terlibat dengan kemalangan.


#1
Sangat-sangat penting untuk anda bertenang dan tidak panik. Bila kita dalam keadaan panik kita tidak dapat memikirkan perkara yang sepatutnya kita lakukan. Oleh itu JANGAN PANIK. Baca Al-fatihah dan selawat tiga kali. Bernafas dalam keadaan tenang.


#2
Pastikan tiada kecederaan berat pada diri kita dan indiviu yang ada bersama dengan kita selamat.


#3
Ambil telefon dan catatkan perkara seperti berikut:
  • Waktu kejadian
  • Tarikh
  • Tempat kejadian
  • Jenis kenderaan yang terlibat
  • Warna, jenis dan no plat kenderaan yang terlibat
  • Bagaimana kejadian itu berlaku
#4
Snap gambar kejadian sebanyak dan sebaik mungkin. 
Apa yang perlu di snap:
  • Gambar kenderaan anda yang mengalami kerosakan akibat kemalangan itu
  • Gambar kenderaan yang melanggar ata dilanggar
  • Gambar lokasi kemalangan
  • Gambar kenderaan yang melanggar atau dilanggar
  • Gambar orang yang melanggar atau dilanggar
  • Rekod butiran maklumat orang yang melanggar atau dilanggar (seperti no.kad pengenalan. Snap kad pengenalan tersebut jika perlu)


#5
Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat bergerak hubungi panel insuran anda secepat mungkin. JANGAN tandatangan apa-apa dokumen yang diminta dan mempersetujui apa-apa tawaran penundaan di lokasi kejadian.  Kebiasaannya syarikat insuran mempunyai tow track sendiri dan ianya tidak perlu dibayar. 

Jika tidak anda perlu membayar sejumlah wang  yang banyak (dekat nam tujuh ratuh jugak la nak membayarnya) dan kos pembaikan mungkin tidak akan dibiayai oleh insuran anda. Bak kata kawan saya 'Dia cangkuk je, ko dah kena bayar!'




#6
Analisa secara kasar kemalangan yang berlaku. Jika ianya melibatkan kerosakan yang teruk, Bawa semua maklumat di #3 dan #4 ke BALAI POLIS CAWANGAN TRAFIK yang berdekatan dalam TEMPOH 24 JAM. Ingat ye. Cawangan trafik. Bukan balai polis biasa. Dan pastikan ia adalah balai yang terhampir dengan lokasi kejadian. 

Jika anda melaporkan kejadian tersebut di balai polis lain, anda mungkin akan diminta pergi semula ke balai polis terhampir (which is sangat menyusahkan sebab anda terpaksa ke hulu ke hilir dengan kenderaan anda yang rosak akibat kemalangan.) Atau pon balai tersebut akan menerima laporan anda tetapi proses laporan itu akan mengambil masa yang lebih lama (mungkin sehingga 2 minggu lamanya.)


#7
Sekiranya anda mendapati kemalangan tersebut tidak melibatkan kerosakan yang teruk. Lebih elok sekiranya anda slow talk dengan orang yang dilanggar atau melanggar supaya tidak membuat laporan. Antara sebabnya ialah:
  • NCD anda akan di reset semula kepada 0.00% jika anda merupakan pelanggar. Tak berbaloi untuk reset NCD anda kalau kemalangan tersebut hanya melibatkan kerosakan ratusan ringgit sahaja.
  • Buang masa polis je nak rekod laporan kemalangan anda yang tak seberapa tu Hehehe
  • Anda perlu mencari bengkel yang boleh claim insuran si pelanggar (jika anda orang yang dilanggar) kerana bukan semua bengkel cover semua insuran yang ada di malaysia ni.
  • Kereta anda terpaksa di 'port' kan di bengkel lebih kurang SEBULAN kerana prosedur pembaikan memakan masa yang lama ( bengkel kena report pada insuran, kena panggil evaluator - memakan masa seminggu paling awal)
AMARAN!! Untuk step yang #6 ni saya tak pasti legal atau tak. Mohon dimaklumkan pada saya jika ianya menyalahi undang-undang.


#8
Jika laporan telah dibuat dapatkan salinan laporan dan no laporan untuk dikemukan bersama-sama cover note kenderaan anda ke bengkel yang terlibat.

PERINGATAN! Saya tidak mewakili mana-mana pihak berkuasa atau pihak insuran. Segala langkah-langkah yang saya nyatakan diatas adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui semasa terlibat dalam kemalangan. Walaubagaimanapun anda boleh menggunakan maklumat ini sebagai panduan jika anda tak tahu apa yang patot anda buat semasa kejadian kemalangan.

Sharing is Caring!

Till we meet in the next entry
~~ Happy Reading ~~
Share this article :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "PROSEDUR KEMALANGAN JALAN RAYA: LADY DRIVER APA PERLU ANDA LAKUKAN."

Tips menarik.. bgus untuk panduan kepada yang terlibat..

Lebih baik buat laporan walaupun kerosakan tidak teruk. Bila laporan dibuat, peruntukan undang-undang membolehkan tuntutan insuran dibuat dan tindakan mahkamah boleh diambil jika ada keperluan. Jika pelapor tidak berhasrat untuk membuat tuntutan insuran selepas dibuat, terpulang kepada beliau. Bila laporan dibuat, rekod rasmi kejadian ada pada polis trafik.

Juga lebih baik jangan slow talk. Selepas kemalangan masing-masing berjanji akan buat itu dan ini. Bila keadaan menjadi reda dan tenang, mungkin akan datang penyesalan di atas sebarang janji-janji tersebut. Satu pihak boleh mengugut meminta bayaran tambahan bagi baik pulih. Di siti datang masalah lain pula. Bila dibuat laporan, tiada bayaran yang perlu dibuat.

Ada pro dan kontra nya. Perlu tengok situasi juga. Anyway thank for your comment.

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top