Assalamualaikum semua..
Baru-baru ni bayi saya demam. Sebagai seorang ibu untuk pertama kali, saya tak ada pengalaman bagaimana nak tangani masalah ini.
Jadi saya pon tergerak hati nak share TIPS atau CARA MUDAH untuk RAWAT DEMAM PANAS BAYI untuk ibu-ibu muda yang pertama kali jadi ibu. Untuk ibu-ibu "senior" mereka biasanya dah tahu bagaiman nak tangani masalah ini.
Kita yang "junior" ni yang terkial-kial tak tahu apa nak buat kalau bayi kita demam. Betul tak. Buat ni salah,. Buat tu salah. Nak-nak kalau kita seorang yang mengadap bayi kita tak sihat tu. Serba tak kena dibuatnya.
Disini saya nak share bagaiman untuk rawat bayi dibawah umur 1 tahun. Bukan apa. Bayi yang berumur 1 tahun dan ke bawah ni tak boleh makan paracetamol (ubat demam) sesuka hati. Jika boleh elak, lebih baik kita elak dari beri bayi makan paracetamol. Begitu juga bayi dibawah 6 bulan.
Biasanya doktor yang prihatin, tidak akan beri paracetamol pada bayi bawah 1 tahun. Jadi apa kita nak buat. Tak kan kita nak biar anak kita merengek menangis macam bayi dalam gambar atas ni. Luluh hati tengok dia menangis kan. Kalau boleh rasa macam nak transfer je demam tu kat badan kita ni kan.
Jika anda dapati bayi anda demam, sila ikuti LANGKAH-LANGKAH berikut:
(Disclaimer: Saya bukan la seorang doktor atau pengamal perubatan. Saya cuma seorang ibu yang concern terhadap bayi nya dan ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua, ibu-ibu sekalian. Article ini saya tulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman)
LANGKAH 1: PERIKSA SUHU BADAN
Bila kita mula dapati yang bayi kita demam, periksa suhu badan bayi kita dengan temometer.
Masa saya sibuk-sibuk beli barang bayi (waktu amani masih dalam kandungan of kos) saya selalu rasa yang termometer ni tak penting. Pada awalnya memang saya tak beli pon. Tapi bila dah semakain hampir nak bersalin, saya beli juga..
Tak sangka termometer ni sangat penting.
Cara nak pakai termometer ni bergantung pada jenis termometer yang kita beli. Kalau jenis dalam gambar ni boleh pakai dua cara. Satu macam dalam gambar. Satu lagi letak dibawah lidah.
Biasanya kalau budak dah demam, mereka akan gelisah je. Jadi kalau nak letak bawah lidah tu memang agak sukar. Jadi saya letak kan bawah ketiak dan pastikan lengan dia rapat dengan ketiak sehingga bunyi "bip" pada termometer.
NOTA: Jangan ambil bacaan suhu bayi anda selepas mandi atau selepas dibedung dalam tempoh yang lama. Ia akan mempengaruhi bacaan suhu badan sebenar bayi.
Pantau suhu badan bayi anda SETIAP 4 JAM.
LANGKAH 2: LONGGARKAN BAJU
Selepas ukur suhu badan bayi dan dapati bayi anda demam, longgarkan baju atau bedung dia. Kalau anda rasa baju yang dia pakai menggunakan jenis kain yang panas, tukar baju nya dengan baju berkain nipis. Atau lebih baik pakaikan baju yang berlubang2.
AWAS! Jangan pakaikan atau bungkus anak anda dengan baju, selimut atau bedung yang tebal. Kononnya untuk mengeluarkan peluh dan menurunkan suhu badannya.
Sebenarnya cara membungkus ini lebih berisiko untuk bayi kerana badan bayi tidak mampu untuk mengeluarkan peluh ketika sakit.
PASTIKAN BILIK BAYI SEJUK! Jangan pula ibu-ibu bila dapat tahu bayi demam, bertindak memperlahankan kipas atau menutup aircond. Biarkan bilik dalam keadaan sejuk. Jika boleh ambil kipas dan dekatkan dengan tempat tidur bayi. Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis jika perlu.
Semasa bayi tidur, Jerlumkan atau tuam kepala bayi anda dengan kain basah. Pakaikan stokin basah pada kedua-dua kaki bayi. Saya selalu jerlumkan Amani dengan air bancuhan asam jawa.
LANGKAH 3: MINUM BANYAK AIR
Bagi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, mereka tidak digalakkan untuk mengambil makanan pejal. Oleh itu banyak kan beri minum susu ibu atau susu formula. Bayi yang demam perlukan cecair yang lebih dari biasa.
Jika bayi anda berumur lebih dari 6 bulan, beri minum susu ibu atau susu formula. Anda juga boleh beri sup cair, lolipop ais atau jus buah-buahan yang telah dicairkan.
Kerapkan mandi. Bila bayi anda demam, kerap mandi kan bayi. Ini dapat membantu menurunkan kan suhu badan bayi. Kerana sifat air adalah menyejukkan. Tapi tak perlu la mandikan bayi tu dalam air sejuk pulak. Air paip biasa je pon boleh.
Cuba lakukan mandian berspan. Iaitu dengan melektakkan bayi anda dalam tub mandi dengan air yang cetek. Lapkan badan bayi dengan span satu bahagian pada satu masa dan biarkan air tersebut kering sendiri. Kemudian lap bahagian yang lain. Ini akan membuat bayi anda merasa selesa.
LANGKAH 5: JUMPA DOKTOR
Bila kah waktu yang sesuai untuk anda bawak bayi anda berjumpa doktor.
- Demam mencapai 38 darjah celcius jika bayi anda berumur kurang daripada 3 bulan.
- Demam mencapai 39 darjah celcius jika bayi anda berumur 3 bulan hingga 6 bulan.
- Demam dan mempunyai tanda penyakit yang lain bagi bayi dan kanak-kanak berusia lebih 6 bulan.
Adalah penting untuk anda perhatikan gerak laku bayi anda. Jika dia mempunyai suhu 38.9 darjah celcius tetapi dapat minum dengan baik, dan mudah untuk ditenangkan, anda tidak perlu risau. Tetapi jika bayi anda mempunyai suhu 38.2 darjah celcius, asyik menangis tak aktif dan lemah, anda perlu risau.
Jika Baru-baru ini Amani demam panas.Tapi dia masih aktif. Bila saya rasa suhu badan nya memang panas. Jadi saya tak risau sangat kerana dia aktif. Boleh panjat-panjat. Boleh membebel-bebel bahasa dia. Esoknya dia dah mula menangis-nangis tak nak menyusu. Saya dah mula risau. Bila bawa ke klinik rupanya ada ulser pada tekak.
Langkah nak rawat ulser saya erita dalam entri yang lain ye.
MAKANAN IBU MENYUSU PENGARUHI KESIHATAN BAYI
Makanan ibu menyusu amat mempengaruhi kesihatan bayi. Susu ibu diketahui sebagai susu terbaik. Tetapi jika ibu sendiri tidak makan makanan yang baik, mengandungi nutrien yang cukup, bagaimanakah susu ibu akan jadi baik.
Untuk penghasilan susu ibu yang baik, saya sarankan ambil set menyusu shakeli. Set ini terdiri daripada Vitamin C, Multivitamin Vitalea, B complex, Alfafa Complex dan Ostematrix.
Insyallah jika ibu-ibu konsisten ambil suplimen, bayi anda akan peroleh khasiat yang secukupnya dan jarang sakit. Baru la hari-hari anda akan happy. Bayi anda pon aktif. Dapat bermain dengan gembira. Ibu mana yang tak gembira melihat bayinya membesar dengan sihat dan gembira betul tak.
Jangan tunggu lagi. Dapatkan set ibu menyusu anda sekarang juga. Lakukan pembelian terus secara ONLINE dengan satu klik sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai set ini ibu-ibu boleh hubungi saya seperti berikut:
0 Komentar untuk "5 CARA MUDAH RAWAT DEMAM PANAS BAYI BAGI IBU MUDA."
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.