Pernah tak korang dengar pasal pokok Alfalfa. Pokok Alfalfa ni kecik je. Tapi akar dia tu. Panjang giler. Dah sama macam bangunan 2 tingkat tau.
![]() |
Alfalfa sprout |
Ha..
Kalau nak tahu, Alfalfa Complex Shaklee ni diperbuat dari pokok ni la. Alfalfa Complex Shaklee ni diperbuat guna secret recipe tau oleh Dr. Forrest C. Shaklee. 60 - 70 tahun dulu lagi dia dah buat formula ni.
Lama dah kan..
Perbezaan Alfalfa Complex Shaklee
Banyak je produk yang guna pokok Alfalfa ni di pasaran. Tapi kenapa anda kena pilih Alfalfa Complex Shaklee ni.
Yang pertama: Mesra Alam.
Sebabnya pokok Alfalfa untuk produk Alfalfa Complex ni ditanam secara organik tau dekat California sana tu. Bila cakap organik. Maksudnya tak ada sebarang racun serangga atau baja kimia digunakan untuk pokok ni. Kalau pakai baja pon, pakai baja organik. Baja kompos.
Yang kedua: Medigaco sativa
Alfalfa complex ni jugak diperbuat dari gred tumbuhan Alfalfa yang paling baik. Sebab rupanya Alfalfa ni ada pelbagai gred.
![]() |
Cantikkan bunga Alfalfa ni |
Yang ketiga: Daun matang
Alfalfa Complex diekstrak dari daun-daun Alfalfa yang sudah matang. Sebab daun-daun yang matang ni yang paling banyak klorofil. Daun-daun pokok ni dikering kan secara semulajadi. Tak pakai mesin pemanas supaya semua zat dan nutrient dalam daun tu tak hilang akibat pemanasan oleh pekakas mesin tu.
Daun-daun tu kemudian dijadikan serbuk sebelum jadi tablet Alfalfa Complex yang ada sekarang ni.
Kalau anda semua nak tahu. Shaklee Corparation sangat menitik beratkan kualiti bahan-bahan mentah untuk setiap produk mereka. Maksud nya kalau daun-daun Alfalfa tu tadi tak ikut spesifikasi yang company tetapkan. Mereka akan reject terus.
Dasyatkan Shaklee Corporation ni jaga kualiti produk diorang.
Kelebihan Alfalfa Complex Shaklee
Pernah dengar kacip fatimah tak. Ha. Alfalfa complex Shaklee ni digelar jugak dengan gelaran kacip fatimah Shaklee. Sebab manfaat dan faedah dia lebih kurang macam kacip fatimah.
Selain tu. Alfalfa Complex ni macam multivitin jugak taw. Sebab dalam dia ada protein, asid amino, klorofil (sebab tu alfalfa warna hijau), serat, zat galian, vitamin (A, B6, D, K), kalsium, zat besi dan macam-macam lagi.
Ha tu dia punya banyak vitamin dalam Alfalfa Complex Shaklee ni.
1. Pelihara kesihatan dalaman wanita
Ni la antara sebab daku cakap Alfalfa Complex Shaklee ni macam kacip fatimah. Alfalfa Complex Shaklee sangat membantu menstabilkan hormon dan memperbaiki sistem reproduktif seorang wanita.
Nak kasi ketat, rapat. Makan lah Alfalfa Complex ni. hihihi
Selain tu, dia boleh suburkan rahim dan sangat sesuai bagi wanita yang ada masalah keputihan.
Dengan mengambil Alfalfa Complex juga, dapat meningkatkan libido wanita sebab Alfalfa Complex ni bersifat estrogenic. Dengan kata lain nya meningkatkan nafsu wanita.
Nak-nak kalau wanita lepas bersalin. Libido nya akan menurun. Jadi akan kurang bernafsu.
Encik-encik suami kalau nk bagi isteri tu mantap semula lepas bersalin. Memang wajib hadiahkan Alfalfa Complex ni pada isteri.
2. Agen menyingkirkan lemak dan kolestrol
Alfalfa ni dia ada saponin untuk serap kolestrol. Macam span guna nak serap air. Ha.. Macam tu la saponin ni bertindak. Nak-nak lagi kalau molekul lemak tu saiz kecil. Lagi senang dia nak seram.
Kajian klinikal membuktikan bahawa pengambilan Alfalfa Complex untuk satu jangka masa boleh menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
Kalau nak kurus. Memang bagus sangat makan Alfalfa Complex Shaklee ni.
3. Melawan alahan
Ada tak antara anda yang ada alahan. Kata lainnya alergi. Pantang tersalah makan sikit mula la tergaru sana sini. Kulit naik ruam-ruam merah.
Ha. Alfalfa Complex ni memang bagus untuk anda.
Sebab dia boleh tolong baiki keadaan kulit anda yang sensitif, hilangkan kurap, hilangkan bau badan, dan hapuskan ulat air (Athlete's Foot) dengan berkesan.
Yang penting SELAMAT.
4. Menggalakkan penghasilan susu ibu
Alfalfa Complex ni galagtogouge. Jadi dia sangat menggalakkan penghasilan susu ibu. Bagi sesetengah orang, Alfalfa Complex ni jadi milkbooster mereka.
5. Baik untuk kesihatan usus dan perut
Boleh memperbaiki masalah saluran penghadaman anda seperti kembung, hyperacidity, ulser, gastrik, hepatitis dan sembelit.
Jadi kalau ada antara anda yang setiap kali nak membuang sembelit. Elok sangat la makan Alfalfa Complex. Tak ada la muka tu macam ayam berak kapur je tiap kali membuang.
Banyak lagi sebenarnya kebaik Alfalfa Shaklee ni. Antaranya:
- Mengatasi bau badan dan bau ketiak
- Menggalakkan pelansingan dan penurunan berat badan
- Mengelakkan sembelit
- Mencantikkan kulit
- Mengatasi resdung, sinusitis, alergi dan aczema
- Mengurangkan edema, water retention
- Masalah hypothyroidism dan jangkitanpada ginjal
- Dan banyak lagi.
Siapa yang tidak sesuai makan Alfalfa Complex?
Walaupun Alfalfa Complex ni mempunyai 1001 kebaikan. Tapi bukan semua orang boleh makan Alfalfa ni.
Pesakit SLE atau autoimun
Alfalfa Complex boleh menyebabkan penyakit SLE bertambah teruk.
Pesakit kanser
Kerana Alfalfa mengandungi sedikit kandungan estrogen. Jadi pesakit kanser seperti kanser payudara, ovari dan fibroids tidak digalakkan untuk mengambilnya.
Pesakit yang mengambil ubat cair darah
Jika anda sedang mengambil warfarin atau ubat cair darah yang lain. Anda tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa kerana ianya mengandungi vitamin K yang sangat tinggi
Jadi sekiranya anda salah seorang seperti dibawah ini. Anda wajib makan Alfalfa Complex Shaklee ni. Kalau tak. Anda sendiri yang rugi.
Untuk dapatkan Alfalfa Complex Shaklee sekarang anda boleh hubungi saya ditalian tersebut.
Kalau nak beli terus pon boleh. Klik je butang di bawah ni.
Mahalnya produk Shaklee ni. Tak ada diskaun ke?
0 Komentar untuk "ALFALFA COMPLEX: APA YANG ANDA PERLU TAHU."
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.