5 CIRI PENCUCI MUKA SELAMAT. SILA SEMAK.

Sekarang ni banyak betul produk pencuci muka kat pasaran. Ada yang nak kasi putih. Ada yang nak kasi hilang jerawat. Ada yang nak kasi hilang jeragat.

Macam-macam jenama ada.

Tapi yang paling menakutkan. Pakai seminggu je dah putih kalah Siti Nurhaliza. Aduii. Letak clorox ke apa dalam produk tu.

Selalunya kita beli pencuci muka ni, hasil dari cadangan kawan-kawan kan. Ada pulak yang terpengaruh dengn iklan tv.

Tapi tahu tak anda macam mana kita nak tahu pencuci mana yang sesuai dengan kulit muka kita?

Pencuci muka bagaimana yang dikatakan selamat? 

Bagaimana yang dikatakan pencuci muka selamat?

Meh daku kongsikan sikit.

1. Bebas Paraben

Paraben ni sejenis bahan kimia yang memang banyak digunakan dalam bahan-bahan kosmetik macam pencuci muka dan pelembap. Fungsinya nak lindungi kulit dari bakteria.

Tapi paraben ni ada kesan sampingan yang serius terhadap kesihatan anda.

Berdasarkan cosmeticsinfo.org, paraben boleh menggangu sistem endokrin tubuh kita. Sistem endokrin ni termasuk la metabolisma badan, hormon, gangguan tidur, mood, sistem reproduksi.

Kebanyakan produk mandian bayi organik tidak mengandungi paraben

Kalau untuk kanak-kanak lagi bahaya. Boleh bantutkan pertumbuhan mereka tau. Sebab tu kalau tengok sabun mandi bayi, banyak ada label paraben free.

2. Bebas SLS

Sodium Lauryl Sulphate atau SLS biasanya dimasukkan dalam shampoo, pencuci muka, ubat gigi sebab nak bagi buih-buih. Budak-budak suka la buih-buih ni.

Tapi yang bahayanya SLS ni boleh sebabkan ruam-ruam pada bahagian yang terkena sabun tadi. Kalau pakai pencuci muka, habis la naik ruam-ruam merah kat muka tu. 

Yang tak bagus nya ruam-ruam ni boleh kejap ada kejap tak ada macam jerawat tau. Alahai.. Dah tak comel. 

3. Bebas bahan kimia

Bahan kimia macam hydroquinone biasanya dimasukkan dalam pencuci muka sebagai agen pencerah. 

Ada sesetengah orang ada tompok-tompok pada muka disebabkan hiperpigmentasi, pengambilan pil hormon atau pun kecederaan pada kulit.

Kesan sampingan Hydroquinone boleh sebabkan rasa pedih-pedih pada muka. Merah-merah dan boleh jadikan kulit muka kering. 



4. Tidak meninggalkan residue pada kulit

Ada sesetengah pencuci muka dia akan tinggalkan residue pada kulit muka kita. Lama-lama pakai tu banyak la kotoran ada kat muka anda.

Kalau dah banyak kotoran, macam-macam boleh naik kat muka.

5. Dihasilkan dari bahan organik

Sebaik-baiknya pencuci muka adalah yang dihasilkan dari bahan-bahan organik. Pencuci muka dari bahan organik dapat elakkan kulit muka kita dari terkena keradangan kulit. Elakkan dari penyerapan lembapan kulit sehingga kulit boleh jadi kerit.

Macam mana nak tahu pencuci tu dari bahan organik atau tak. 

Baca ingredient kat bahagian belakang pencuci muka tu. Kalau ingredient dia ada nama-nama macam myristic acid, benzyl salicylate, sodium benzoate dan banyak lagi. Tu maksudnya pencuci muka tu ada bahan kimia.



Mungkin ada sesetengahnya tak bahaya. Tapi nak ke anda cuci muka anda yang suci tu dengan bahan kimia. Alahai. Kesian tau kulit muka tu.

Sebab tu penting untuk guna pencuci muka yang dibuat dari bahan organik. Macam tea tree oil, rosemary,  mulberry, green algae dan lain-lain lagi. 

Pencuci muka dari bahan semulajadi


Cuba anda check pencuci muka anda. Ada x lima ciri selamat ni?

Pencuci muka bebas kimia

Masa daku mula kenal Shaklee, ku tak tahu pon Shaklee ada pencuci muka yang best macam ni tau. Bila kawan-kawan suggest dan review semua kata best. Daku pon cuba la satu tiub.




Wow! Kesannya memang ohsem. Setiap kali lepas cuci muka, ku rasa segar sangat kulit muka. 

Kulit muka ku ni sensitif sikit. Sebulan sekali tu memang confirm naik jerawat. 

Tapi lepas ku pakai pencuci muka terhangat di pasaran ni, jerawat jarang sangat nak naik. Kalau naik pon, ada la selang 3,4 bulan sekali. 

Beza sangat dengan kulit muka ku yang dulu. Dan yang best nya lagi. Daku pakai pencuci muka ni tahan sampai 5 bulan. 

Tu first time pakai. Tak pandai nak buget lagi. Sekarang ku dah pakai tiub yang kedua. Memang tak perlu pakai banyak. Pakai sikit je dah cukup nak cuci satu muka.

Apa kata mereka tentang pencuci muka Nutriwhite

Pencuci muka hilangkan minyak

Elak jerawat semasa period

Setanding pencuci muka yang mahal


Ha. Lepas semak ciri-ciri ni, anda pon pasti nya mahu kan kulit muka seperti mereka kan.  Takkan anda rela nak rosak kan kulit muka anda dengan pencuci muka yang banyak bahan kimia tu.

Dapatkan pencuci muka bebas kimia ni sekarang. Lepas ni suami atau isteri anda asyik nak pegang je muka tu. hihi



Anda juga boleh buat pembelian secara online disini.



Dengan menjadi ahli Shaklee, anda boleh jimat hampir 20% untuk setiap produk. Jom jadi ahli sekarang.





Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "5 CIRI PENCUCI MUKA SELAMAT. SILA SEMAK."

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top