Almari baru Amani

Assalamualaikum semua..

Nak ceritakan keterujaan kami, mommy n ayah Amani ni. Hehe as a first time parents, rasanya kita semua excited kan nak berikan yang terbaik untuk anak-anak kita. Same goes to us. Semuanya rasa nak beli. Especially me of cos! Hehe. Nak-nak baby kita gugurl kan. Lagi la excited. Betul tak? Betul x? So this time keterujaan kami adalah membeli almari baru untuk our little girl. At first, saya tak rancang nak beli lagi almari untuk amani, sebab saya fikir awal lagi kalau nak beli pon. Maybe tunggu baby setahun dulu baru nak beli. Tapi one day, ayah amani bukak mulut. "Nanti kita beli almari la untuk adik". Ha tu dia green light dari ayah.

Mommy pon apa lagi, kebetulan pulak baru view FB Cute Baby Momma Boutiqe and diorang tengah open order untuk almari baby, terus saje daku grab peluang yang ada. Whatsapp je dorang, cakap nak colour apa, almari bape panel, kalau nak amik kat kedai dorang pon bagitahu sebab dorang boleh bagi less kalau amik kat kedai. So deal punya deal, selang 3 hari, barang pon sampi kedai. Kitorang pon lepas balik kerja, amik amani kat rumah pengasuh, terus je menuju ke kedai Cute Baby Momma Boutiqe kat Taman Bertam Mutiara. Asalnya janji kul 9 malam. Excited punya pasal, balik kerja terus pergi.. Hahaha

Taraaa.. Ini lah almari amani yang comel tu..



Cantik x? Cantik kan.. Cantik kan.. Sampai-sampai rumah je, berposah kitorang pasang. Actually almari ni ada 16 pintu, tapi bila dah siap pasang 12 pintu pon dah rasa cam dah cukup. So kitorang pasang 12 pintu ( lagi 4 pintu tunggu adik amani dulu.. Huhuhu). At first nak letak 3 pintu jadi 4 tingkat, tapi bila susun rasa macam tinggi sangat pulak. So kitorang pon decide nak susun L shape je. So dengan adanya almari ni, plus mat yang super cute and colourfull tu, officially bilik ni jadi bilik si comel amani.


Time to upload! Ayah amani as usual snap gambar amani dengan almari shomel dia tu, terus upload pic kat fb dia. Tak sangka pulak ramai kawan-kawan saya berminat. Siap tanya saya jual ke almari ni. Hehehe. Yang bestnya tentang almari ni, 

1. Boleh susun ikut aturan yang kita suka. Then susunan tu boleh ikut kesesuaian ruang yang ada.
2. Gambar pintu almari yang pelbagai. So susun la ikut favourite anak kita. 1 gambar tu ada 2 pintu. So kalau ada 2 anak, tak ada la dorang berebut-rebut.
3. Pasang sendiri, so tak perlukan transportation cost. Sekarang ni banyak kedai perabot yang cas transportation cost. Harga almari RM200 je. Campur transportation jadi RM300. Baik lah!
4. Siap ada tempat gantung baju. Dia bagi free 2 tempat gantung. So baju-baju anak yang agak-agak perlu digantung tu boleh la letak kat situ. Dress ke, baju kurung ke..
5. Made of plastic. So tak de la kena makan dik anai-anai. Hehe. Tapi of cos la tak tahan berat sangat. Besides baju baby kita pon takde la berat sangat kan.. Jangan la you guys letak buku ke or benda berat-berat dalam tu kan..

So i guess sampai sini dulu kot, cerita keterujaan kami amani's parents ni.. Huhu till we meet again in next entry. 

See ya..
Share this article :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Almari baru Amani"

wah,penuh mickey mouse..haha
bila besar nanti peminat setia ni..hihi
jemput singgah blog sy =)

Hehehe itu je gambar yang ada.. Beli je la. Tq drop by..

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top