Tips Melancong Dengan Murah Tanpa Travel Agent

Assalamualaikum semua..

Sebenarnya salah satu interest saya adalah travel. I dont know since when minat ni timbul. Maybe sebab bila saya pergi tempat orang, saya rasa close dengan tempat tu. Communities dia, jalan, bangunan, makanan, everything rasa close. So far tak de banyak sangat tempat saya pergi pon. Tapi ada la pengalaman sikit-sikit. Negara 4 musim dah pernah pergi and dah rasa almost every season yang ada (rasanya spring je kot tak pernah rasa.. And salji pon xpernah rasa sebab some part of China takde salji time winter..). So far tempat yang saya pernah pergi is China (my mom used to work at Shanghai, so selalu travel sana, visit dia..), Indonesia (Pekan Baru,Bukit Tinggi, Bandung, Bali - Honeymoon semestinya.) Kota Kinabalu, Sabah, Pulau Redang, Terengganu, Coming Soon Krabi, Thailand. Most of the travel saya plan sendiri without travel agent. 

Ni masa pergi bercuti bersama family di Tanah Aina
Bergambar di Pantai Kuta di Bali

Ni sebelum naik speed boat nak pergi Pulau Sapi, Manukan

Kota Kinabalu town

Dinner di Jimbaran, Bali

Makan doyan kat Tanah Aina, Raub

Di Redang Island, Terengganu


Maybe ada antara reader yang terasa nak pergi travel, tapi tak biasa handle travel itinerary, flight, hotel dan sebagainya. And tak tahu sebenarnya how to arrange vacation without travel agent. Guess what? me neither! saya pon at the beginning tak tahu pon camne nak g vacation without travel agent. travel dengan travel agent ni bukan apa, senang. Tak payah pikir dah nak ke mana, naik apa, bape bayaran nya. Sebab most of agent akan include all in fares dalam fees dorang. so kita tinggal bayar je. and kalau kita pergi by group memang murah kalau guna travel agent. But then kalau pergi setakat 1 family yang baru nak bina ni, hehehe better rancang sendiri kot. Then, kita boleh pergi mana ikut suka hati kita. First travel saya, which is organized by myself is pegi KK tahun 2010 kalau tak salah. Masa tu memang rasa berbaloi planned sendiri sebab tiket flight saya boleh dapat RM96/person to and fro (masa tu pergi 3 orang dengan member office). Then kami booking hotel dengan harga RM50/night. Murah x? Murah giler kan.. Hotel tu (not really a hotel actually.. its an apartment. Small one) siap ada 2 katil single. 2 seater couch, TV, dapur, Balcony yang boleh sidai kain. best kan??

Jom kita usha jap cmne minah ni g travel without travel agent:


So macam mana saya boleh planned percutian saya dengan harga yang murah, tanpa gunakan travel agent? Tips nya ialah:

#1 Flight Booking

Kalau kita rasa nak travel luar negara atau tempat-tempat yang memang memerlukan kita untuk naik flight, of cos la kita kena booking flight dulu kan. It's not just booking kay. Kita kira beli terus dengan air line company. Untuk dapatkan tiket yang murah kena selalu baca paper or alert dengan iklan-iklan tiket murah especially air asia. Macam sekarang ni air asia tengah offer tiket murah sbb zero fuel charge.


Ataupun boleh je sign up account air asia. Nanti dorang akan send email offer yang ada, pada kita. Next entry saya akan terangkan step untuk booking tiket air asia secara online dan dapatkan tiket harga murah. Ada jugak yang suggest (from my readings) search tiket murah di Kayak.com. Kat situ dia akan compare kan harga dari banyak airline company yang offer route yang kita nak pergi tu. Tapi saya tak try pon lagi. hihuhihu

#2 Hotel Booking

Pernah tak dengar pasal trivago? Trivago ni pon function dia macam Kayak.com gak. Cumanya trivago tu dia link kan semua application untuk booked hotel yang available contohnya Agoda, Asia Room dan banyak lagi. So antara senarai-senarai hotel yang ada tu kita pilih la ikut kemampuan kita. Kalau rasa nak duduk hotel canggih manggih pilih la hotel yang 5 ke 6 bintang tu. Memang tip top la. Pastu, kalau nak booked tu better g ke website hotel tu usha-usha dulu hotel tu ok ke tak. Then kalau confident boleh la booked melalui agoda or asiaroom tu..


Kalau tak tahu hotel apa yang sesuai, boleh je google dulu blog-blog personal yang suka g travel tu. Biasanya dorang ada citer hotel apa yang dorang duduk and harga hotel. Dari blog-blog ni boleh la jadikan panduan pemilihan hotel kita nanti.

#3 Itinerary

Itinerary ni macam rancangan rerjalanan kita semasa kat tempat kita pergi tu la. Kadang-kadang kita tak tahu pon tempat-tempat menarik yang patot kita pergi kan. So sekali lagi google la mana-mana blog travel. Dorang memang akan citer tempat-tempat yang dorang pergi. Macam saya, suka pergi tempat-tempat yang berehat or mandi manda. Saya tak minat sangat pergi tempat shopping or tempat-tempat sejarah. Kadang-kadang ada tempat-tempat yang dorang stop by ni ada entry fees. So kena la prepare duit sikit untuk entry fees ye. 

Dalam itinerary ni, korang plan sekali transport yang korang akan gunakan masa bercuti tu. So masukkan bajet transport tu dalam bajet korang.

#4 Keperluan Travel

Sebelum pergi ke mana-mana tempat yang nak travel tu, better study dulu keperluan-keperluan yang kita perlu bawak. Perlu tak bawa dari sini or boleh tak beli je kat sana. Things like that you know. Contoh kalau makanan. Kalau kita pergi negara yang susah dapat makanan halal tu, bawa-bawa la sikit ready food or instant food dari mesia ni. Biskut ke, maggi ke, roti ke. 

Oh ye. Pasport jangan lupa ye. Pasport kita mestila valid at least 6 bulan sebelum terbang. Or else memang kena tahan la kat imigresen tu. huhu 

Rasanya setakat ni tu je kot tips yang saya boleh kongsi. Will update time to time kalau ada lagi yang nak dikongsi. 

Share this article :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Tips Melancong Dengan Murah Tanpa Travel Agent "

Nice entry..go go... keep sharing nana

Best tak kak?? T saya share banyak lagi ye..

Best tak kak?? T saya share banyak lagi ye..

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top