Coming back after a very long holiday. Huhu. Apa yang u all semua buat time cuti raya cina baru ni? mesti macam-macam aktiviti kan. As usual la kan, rakyat mesia ni tak kira la, raya aidilfitri ke, raya cina ke, raya deepavali ke, 1 malaysia cuti kan. 1 malaysia balik kampung. Huhuh.So hari ni, saya nak share la apa yang saya buat time cuti raya cina baru-baru ini (dah rasa macam kena buat karangan lepas balik cuti sekolah jer.. hahaha)
Kalau kita menyusu kan anak kita ni kan, some people akan rasa leceh taw nak ke mana-mana kalau anak susu badan. Tapi saya belasah aje. kalau Amani dah lapar, saya susukan aje. Ibu dalam video ni panik ke tak panik masa anak dia nangis nak susu. Jom Tengok.
OK. Sebenarnya, kami dah lama plan nak bawak Amani pergi mandi kolam. Kolam dah beli. Tapi ayahnya cakap, kolam tu tak bagus. Sebab dia tak boleh mandi sekali kolam tu. Hahahah Jadinya kami pon bawa la Amani pergi Bayou Lagoon Water park. Bayou Lagoon ni sebenarnya hotel. tapi dia buat sekali water park untuk kemudahan customer dia. So siapa yang duduk hotel tu, dapat la masuk water park tu free. Siapa yang tak duduk hotel pon boleh je masuk. Tapi kena bayar.
- Dewasa : RM20
- Kanank-Kanak : RM15 (ikut ketinggian)
We all pon nama je duduk melaka kan. Tapi ni la first time sampai water park ni. Hehehe Masuk water park ni tak boleh bawak masuk makanan taw. As usual la kan. Nak suruh kita beli kat kedai yang ada kat dalam tu la. Tapi taw la harga dia kan. Tapi kami curi-curi bawak masuk jugak. Rupanya time nak masuk tu dia cek beg dulu. Adoii. Masa kami beratur nak pasang band kat tangan tu, beg orang yang beratur depan kami kena cek. Saya dalam hati tawakkal lillah je. Kalau dia cek and jumpa, amik je la.. Tapi nasib baik, dia tak cek pon beg kami. Tapi tak bawak apa pon. Roti ngan air je pon. huuhuhu
Sampai-sampai je terus tukar kan baju Amani. Kami ni dah memang siap-siap pakai baju berenang dari rumah lagi. Punya la nak senang kan. Beg pon tak bawak banyak. Ok sekarang apa lagi. Swimming Time!!
Muka mummy takut-takut berani nak lepas kan Amani.
Ok, yang ni testing kasi Amani berenang dulu. tengok dia ok ke tak. Bila masuk dalam kolam tu, mak aih, air dia sojukkk gilos. Hahahah Amani masa mula-mula masuk nampak muka dia takot la jugak. Tapi sib baik dia tak nangis. kalau nangis memang tak dapat la kami tumpang main air sekali. Hahah (mak ayah nya pon, tak nak kalah, nak main air jugek... heheh)
Amani tak berenang sangat pon. Agaknya sebab air nya yang super sejuk tu. sampai biru-biru mulut tangan dia semua. Huhuhu Sian anak mummy. Ok meh saya belanja sikit gambar-gambar masa kitorang kat sana.
Muka budak kesejukan sampai tak boleh cakap apa-apa.. Huhu
Kolam kat sana ada semuanya ada tiga kolam. So gambar-gambar yang atas tu kat kolam first, which is untuk kanak-kanak. Kolam kedua yang kedalaman air nya setinggi buku lali of kos la untuk baby. Heheh dan kolam yang ketiga (last picture) untuk dewasa. Kolam ketiga ni kedalaman dia makin bertambah bila ke tengah. Tapi kitorang tak pergi la sampai tengah.
Selalunya kalau kita main-main air mesti lapor and kepenatan kan? Jom tengok macam mana minah ni hilangkan penat dia setelah travel or outstation di tempat yang jauh.
Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.
Kami masuk sekejap sangat. Masuk dalam kul 11 pagi, keluar jam 12 tengahari. Hahahha sekejap giler. Tak pe la. Nak kenal kan Amani dengan kolam jer. huhuu Nak balik tu, tukar baju Amani dulu. Pastu kami mak ayah Amani ni terus je balik. Tanpa tukar baju. Hahahah best tak? Duduk jap kering kan baju sikit, pastu terus je naik kete balik. Nasib baik leather seat. Tak de la basah seat tu.. hehe
Seronok je bawak Amani pegi mandi kolam ni. Memang excited nak kenal kan baby kita pada benda-benda baru. Lepas ni nak kenal kan apa pulak kan. heheh ok, tu je nak citer untuk entri kali ni..
Till we meet in the next entry..
~~Happy Reading~~
0 Komentar untuk "Sepagi di Bayou Lagoon Water Park Melaka"
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.