Assalamualaikum semua..
Dah sedia ke nak masuk bulan puasa ni? Dah siap beli barang-barang dapur? hehe hari tu saya beli barang dapur di Mydin MITC berposah-posah semua orang beli barang-barang keperluan untuk berpuasa. Bukan apa, nanti dah puasa kan dah senang. Tinggal masak je.
Jom saya share resepi yang anda boleh try untuk minggu pertama bulan puasa ni.
- Ayam Panggang Bermadu
- Udang Masak Serai Wangi
- Ikan Siakap Kukus
- Ikan Masak Berlada
- Ikan Kerapu Masak Asam Manis
- Ayam Masak Cendawan Ala Cina
- Pajeri Nenas
RESEPI RAMADHAN MINGGU 3 << KLIK SINI
RESEPI RAMADHAN MINGGU 4 << KLIK SINI
>> AYAM PANGGANG BERMADU
Bahan-bahan:
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak:
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata.
Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.
>> UDANG MASAK SERAI WANGI
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih danhalia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
>> IKAN SIAKAP KUKUS
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula 4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)
1/2 biji limau nipis garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkanjika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak).
5. Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.
>> IKAN MASAK BERLADA
Bahan-bahan:
3 ~ 4 ekor ikan sembilang
10 biji cili merah - dikisar
2 batang serai - dititik
1 ulas bawang besar - dimayang kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk air limau kasturi sedikit garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yangtelah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Masukkanbawang besar yang dimayang kasar, kacau hingga agak layu.
4. Curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan.
>> IKAN KERAPU MASAK ASAM MANIS
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam
Sedikit minyak (untuk goreng)
Garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling Sedikit kunyit hidup
3 sudu tomato sos
3 cawan air
Sedikit cuka masak
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Gaulkan bahan-bahan A dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya,panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah,halia, daun Pandan dan serai sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling dan kunyit.kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air, tomato sos,cili sos dan bahan perasa. kacau sehingga mendidih.Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.
5. Gorengkan bahan-bahan taburan dengan sedikit minyak ke atas hidangan tadi.
Untuk hiasan: Bawang besar, cili merah, gree pepper, nanas dan timun.
>> AYAM MASAK CENDAWAN ALA CINA
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
8 keping Cendawan hitam - direndam 1/2 jam
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ~ 5 tangkai cili padi
Sedikit kicap lemak manis
Sedikit sos tiram
Cara memasak:
1.Ayam dibasuh dan dipotong kecil2. Cendawan yang dah lembut ditoskan, buang tangkainya dan dipotong 4 (memanjang).
2. Panaskan minyak dan tumis halia. Bila dah naik bau (halia dah kekuningan) angkat halia dan buang. Kalau tak buang pun tak apa.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis hingga naik baubaru masukkan ayam. Kacau sekejap.
4. Masukkan kicap dan sos tiram. Kuantiti kicap terpulang. Tak payah letakgaram sebab sos tiram dah memang masin. Kalau untuk yang kuat masin, bolehlah letak garam sedikit. Kacau.
5. Selepas tu, masukkan air secukupnya (dalam 2 cawan biasa).
6. Bila dah mendidih baru masukkan cendawan. Kecilkan api dan biarkan hinggakuahnya pekat. (biasanya dalam 10 hingga 15 minit).
>> PAJERI NENAS
Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air
Cara memasak:
1.Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik baumasukle serbuk kunyit.
2. Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
3. lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahlesampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).
Ha.. tu dia 7 resepi untuk menu buka puasa. Menyelerakan bukan. Jom kita try sama-sama.
p/s: resepi ni saya dapat dari fb. terima kasih kepada yang sudi kongsi resepi ni.
Till we meet in the next entry..
~~Selamat Berpuasa~~
~~Happy Reading~~
Till we meet in the next entry..
~~Selamat Berpuasa~~
~~Happy Reading~~
0 Komentar untuk "7 RESEPI BUKA PUASA MINGGU PERTAMA "
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.