AWAS PENYAKIT MERS-COV SEMASA MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

Kam hadza? Berapa harga ini?

Ha.. ini antara salah satu ungkapan yang anda perlu tahu bila pergi umrah atau haji. Senang nak beli kurma atau jubah arab nanti. Walaupon dah ramai peniaga di sana yang pandai cakap melayu. Tak salah jika anda tahu satu-dua ungkapan arab kan. Tapi AWAS! Sambil-sambil anda belek jubah arab tu, mungkin anda boleh dijangkiti dengan coronavirus Timur Tengah atau yang disebut sebagai MERS-CoV.


AWAS-PENYAKIT-MERS-COV-SEMASA-MENUNAIKAN-HAJI-ATAU-UMRAH


Penyakit MERS-COV ni bukanlah suatu penyakit yang asing lagi di kalangan jemaah haji atau umrah. Penyakit ini telah dilaporkan di kawasan timur tengah sejak 2012 lagi. Sebab tu la nama nya pon MERS. Middle East Respiratory Syndrome. Kebanyakannya dilaporkan berlaku di Arab Saudi.

1152 kes jangkitan dan 434 kematian.

Angka ini menunjukkan statistik laporan Penyakit MERS-COV oleh WHO sehingga 1 JUN 2015. Wah. Boleh tahan tinggi jugak statistik ni.

APAKAH MERS-COV?

MERS-COV adalah jangkitan sejenis virus dalan kumpulan coronavirus yang menyerang saluran pernafasan. Dan ia jugak merupakan salah satu jangkitan pernafasan yang boleh membawa kepada kematian. Sehingga kini terdapat hampir 20 buah negara yang melaporkan mengenai penyakit ini termasuklah Malaysia dan Korea Selatan.


TANDA AWAL DAN PUNCA JANGKITAN


Tanda-tanda awal jangkitan MERS-COV adalah sangat common di kalangan individu yang menunaikan haji atau umrah. Antaranya ialah selsema, demam dan batuk. Ia boleh melarat sehingga terjadinya gejala seperti berikut:

  • Demam panas. 
  • Menyebabkan jangkitan mata. 
  • Radang paru-paru. 
  • Kesukaran untuk bernafas. 
  • Cirit birit (bagi sesetengah individu)


Walaubagaimanapun, bagi penghidap penyakit kronik atau kurang daya tahan jangkitan, simptom yang ditunjukkan mungkin berbeza.

Punca kepada jangkitan MERS-COV memang TIDAK DIKETAHUI dan masih dalam kajian. Sesuatu yang tidak diketahui puncanya, memang agak sukar untuk dikawal. Sebab itu para jemaah yang menunaikan haji atau umrah, atau pon yang telah pulang ke tanah air dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor jika mengalami demam, batuk dan masalah pernafasan yang berpanjangan.

CARA PENCEGAHAN


  • TIADA vaksin bagi mencegah jangkitan corona virus MERS.
  • TIADA rawatan khusus bagi pesakit yang menghidap MERS-COV. 


Walau bagaimanapun bakal-bakal jemaah boleh mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  • Bawa penutup mulut dan hidung untuk digunakan semasa mengerjakan haji atau umrah.
  • Sediakan bekalan ubat dan suplimen yang dapat meningkatkan antibodi.



  • Dapatkan rawatan segera jika jatuh sakit semasa di sana. 
  • Kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer hand terutamanya selepas bersin, batuk dan selsema. 
  • Elakkan melawat ladang unta. 
  • Elakkan dari menyentuh muka selepas bersin, batuk dan sebagainya. 


Pendek kata, amalkan tahap kebersihan yang paling tinggi semasa mengerjalam umrah atau haji.

Gejala MERS-COV memang nampak ringan seperti gejala penyakit lain. Walaubagaimanpun perlu diingat bahawa penyakit ini boleh membawa kepada kematian. Oleh itu sebaik-baiknya amalkan semua langkah pencegahan supaya kita dan keluarga kita kekal sihat dan cergas semasa di sana dan setelah pulang ke tanah air.



Share this article :
+
Next
This is the current newest page
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "AWAS PENYAKIT MERS-COV SEMASA MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH "

seronok nak pergi haji atau umrah ni mmg x terkata. jemputan Allah pasti diidam oleh segenap umat islam. kesihatan pun kene gak ambik kira supaya di sana senang ibadah kan

Sebab itu kita disarankan ambil suntikan sebelum mengerjakan umrah ke sana ya?

Br tahu ttg ni. Moga jemaah kita dijauhkan dr penyakit ini

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top