PRODUK KURUS TERBAIK YANG TERBUKTI SELAMAT DAN BERKESAN

Bila masuk je tahun baru ramai yang buat azam tahun baru. Macam-macam azam la ada. Tapi yang paling femes dalam kalangan orang pompuan ni tak lain tak bukan.

Aku nak kurus.



Setiap tahun simpan azam yang sama. Kemudian kitar semula azam tu sebab tak berjaya nak capai azam nak kurus tu. Susah jugak nak kurus ye. Sampai perlu dikitar semula azam tu bertahun-tahun lamanya.

Saya pon tak lari dari menyimpan hasrat nak kurus ni. Saya pernah makan produk acaiberry (tak ingat keluaran syarikat mana). Masa tu berazam nak kurus, sebab nak kahwin. Memang berat saya turun. Hampir 5kg jugak turun. 

Tup.Tup. Tak lama lepas saya makan produk tu. KKM keluarkan dalam akhbar yang produk tu tak dapat kelulusan KKM dan boleh merbahaya kan kesihatan. 

Aduh. Terkedu kejap saya.

Takut pulak saya. Nak kurus punya pasal. Penyakit lain pulak yang datang. Terus saya hentikan pengambilan produk tu serta merta.

KENAPA WANITA NAK KURUS


Dari sudut pandangan saya, wanita nak kurus atas beberapa sebab.
  • Nak kelihatan cantik semasa bersanding (bagi yang bakal berkahwin)
  • Supaya dapat pakai semula pakaian-pakaian yang "dah kecik" kata mereka. Hihihi
  • Nak pakai balik cincin masa kahwin dulu (bagi yang dah berkahwin)
  • Jelos tengok kawan-kawan yang slim. Senang je cari saiz baju.
  • Nak kekal sihat. (bila badan gemuk, penyakit lebih mudah datang)
  • Nak dapatkan semula berat badan yang cantik molek tu lepas bersalin.
Sebab nak kurus yang paling win dah tentu la sebab NAK CANTIK
Betul tak semua wanita kat luar sana?? Tak nak la kan badan tu nampak semua spare tyre walaupon pakai pakaian yang longgar. Pening juga memikir macam mana nak kurus macam hakak dalam gambar ni.

3 LANGKAH MUDAH UNTUK KURUS

Ramai yang nak kurus tapi tak tahu cara yang betul untuk kurus. Dan ramai jugak yang nak kurus tapi tak nak berhenti makan nasi dan lakukan senaman. Ye la tekak orang melayu kan. 



Sebenarnya nak kurus ni tak susah kalu tahu caranya. Ini 3 langkah mudah yang boleh kita buat untuk kuruskan badan.

Langkah 1: BAKAR
Langkah 2: BUANG
Langkah 3: BINA

PRODUK KURUS TERBAIK YANG TERBUKTI SELAMAT DAN BERKESAN

Untuk produk kurus yang dijamin selamat dan berkesan dah tentula produk Shaklee. Sebab apa saya tekan kan produk Shaklee. Sebab kesemua produk Shaklee telah diuji dengan terperinci oleh saintis-saintis dan banyak journal-journal telah ditulis berdasarkan kajian mereka.

Yang terkini Shaklee telah minta pihak ketiga untuk kaji kesihatan pengamal produk Shaklee (pengamal lebih 20 tahun) yang disebut sebagai Landmark Study. Kajian dijalankan oleh pihak luar yang tidak ada kena mengena dengan Shaklee. 

Kajian dijalan antara pengamal Shaklee, pengguna suplimen dari pengeluar yang lain dan individu yang tidak makan apa-apa suplimen.

Dan hasil dari kajian ini sangat positif dalam membuktikan produk Shaklee adalah SELAMAT dan BERKESAN!

Langkah 1: BAKAR DAN PECAHKAN LEMAK



Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk kurus adalah dengan membakar atau memecahkan lemak-lemak sedia ada dan lemak akan datang (dari makanan yang kita makan). Lemak-lemak ni jika dibiarkan terlalu banyak boleh mengentalkan darah dan akhir nya boleh menyebabkan peredaran darah terganggu.

Lecithin 

Diekstrak dari soya, tanpa bahan pengawet dan pewarna. Ianya membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh dan menghalang pembentukan lemak baru. Sebotol lecithin mengandungi 180 biji untuk kegunaan selama 1 bulan.


Omega Guard 

Membantu memecahkan lemak dibawah kulit, di dalam hati, di dalam salur darah dan lemak-lemak yang menyelaputi organ dalam tubuh kita. Ia membantu mengawal selera makan dengan penghasilan hormon leptin seterusnya menukarkan lemak kepada tenaga.

Omega 3 yang ada dalam omega guard juga meningkatkan metabolisma dan membakar 40% lebih banyak lemak jika kita sertainya dengan senaman.

Omega Guard SESUAI UNTUK IBU MENYUSU. Kerana kandungan DHA dan EPA dalam omega guard baik untuk perkembangan otak bayi.


Langkah 2 : BUANG DAN SINGKIRKAN TOKSIN


Langkah 2 pulak. Lepas kita dah bakar dan kecilkan molekul lemak dan kolestrol, kita mesti la kena buang dia.

2 produk ni dapat bantu anda untuk buang segala lemak, kolestrol dan toksin-toksin dalam badan DENGAN BERKESAN.

Herblax 

gabungan pelbagai jenis herba yang sangat sesuai untuk masalah ketidakhadaman dan pergerakan usus yang tak sihat.

Herblax digunakan untuk membersihkan usus dengan menyingkirkan toksin, lemak dan lendir melalui pembuangan air besar.

Bila dinding usus kita bersih, baru la kita dapat serap semua nutrien-nutrien dalam makanan secara optimum. 

Sebotol Herblax mengandungi 120 biji.

Alfalfa Complex 

kalau tadi lecithin ke omega guard tu dah tolong pecahkan lemak, mesti kena ada agen penyingkir yang singkirkan lemak yang dah dipecahkan tu. 

Alfalfa complex memang sangat membantu singkirkan lemak yang dah pecah tu. Dan yang bagusnya Alfalfa ni sesuai sangat untuk ibu berpantang. Boleh jadi milk booster taw..

Langkah 3: BINA OTOT



Membina otot sangat penting kalau anda nak kurus. Sebab otot yang aktif dapat bantu pembakaran lemak yang optimum. Jadi tak ada la isi anda tu menggeleber lepas kurus. Aduh tak cantiknya..

2 produk shaklee yang.boleh bantu untuk bina otot ialah Cinch Shake dan ESP.

Cinch shake 

Ada 3 perisa. Coklat, vanilla dan cafe latte. Saya dah cuba dah. Semua perisa sedap. Ikut la kesukaan anda nak yang mana. Cinch shake ni sangat bagus untuk kawal nafsu makan kita. Sebab minum cinch shake ni boleh buat kita rasa kenyang dan bekalkan kalori yang kita perlukan setiap hari.

Tak ada la anda asyik nak makan ajer..

ESP

Dihasilkan dari soya non-gmo dan diproses menggunakan air. Kebanyakan soya dipasaran diproses guna alkohol menyebabkan isoflaven yang penting dalam soya tu hilang.

Tu la ramai yang cakap soya menyebakan kanser. 


Tapi dah ramai pengguna ESP ni yang dah minum ESP berpuluh-puluh tahun. Kalau ada kanser patut dah dapat detect dah. Ye dak.. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat tanpa sel kanser.

Ha.. jadi sekarang dah tahu kan cara-cara nak kuruskan badan dengan selamat. Mesti guna produk semulajadi. Buat apa nak tambah penyakit amik suplimen sintetik. Konon-konon nak kurus, eh, gi tambah penyakit lain pulak..

Jangan biarkan keyakinan anda hilang disebabkan masalah berat badan anda tu. Cepat-cepat hubungi saya untuk dapat kan suplimen kurus yang pastinya selamat.




Share this article :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "PRODUK KURUS TERBAIK YANG TERBUKTI SELAMAT DAN BERKESAN"

ramai yg kurus dengan set ni....jeling2 tgk depa slim je kan

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top