5 PERKARA WAJIB BUAT SEBAGAI PERSEDIAAN SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH

Wah.. diam tak diam minggu depan dah cuti sekolah semula. Bila cuti sekolah ni ramai la mak ayah amik kesempatan bawak anak-anak pergi bercuti. Tak kurang juga yang bawa anak-anak dan kedua orang tua menunaikan umrah. Wah tentu seronok. Saya pon ada simpan cita-cita nak bawak sekeluarga menunaikan umrah satu masa nanti. Dalam pada seronok sangat tu pastikan anda tak tertinggal satu pon perkara wajib yang akan saya kongsikan dalam entri ni. Bukan apa, tak nak la kita dah excited beriya-riya, tiba-tiba tour company telefon bagitau yang kita tak dapat pergi sebab terlepas 5 perkara wajib ni. Ha.. haru jadinya.

PERKARA-WAJIB-SEBELUM-MENUNAIKAN-UMRAH

Sebenarnya tak kisah la anda pergi dengan tour company apa pon, atau anda pergi umrah secara DIY. Tapi 5 perkara ni memang tak boleh tertinggal. Dan pada sesiapa yang pergi umrah dengan tour company pastikan company tu bukan company menipu ye. Sebab banyak dah saya dengar yang kena tipu dengan tour company ni.

PERKARA WAJIB SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH


#1 KURSUS UMRAH

Sebelum anda dan ahli keluarga menunaikan umrah pastikan anda menghadiri kursus umrah terlebih dahulu. Maklumlah kita ni bukan biasa pergi umrah, jadi ada rukun-rukun yang mungkin kita tak tahu. Jadi melalui kursus ni akan diterangkan pada kita.



Selain tu perkara-perkara sunat, cara pakai ihram, doa-doa yang perlu dibaca juga diterangkan dalam kursus ni. Walaupon kursus ni biasanya dijalankan sehari, sebaiknya anda pelajari lagi ilmu-ilmu umrah ni dengan ustaz-ustaz atau agamawan di kawasan anda.


#2 SUNTIKAN VAKSIN

Suntikan vaksin ACYW135 ni wajib diambil oleh sesiapa yang akan menunaikan haji atau umrah. Suntikan vaksin ini akan direkodkan dalam buku kesihatan. Dan segala maklumat suntikan akan diisi dalam kad suntikan yang perlu dibawa semasa permohonan visa untuk menunaikan umrah nanti.



Suntikan ini boleh diambil di klinik swasta dengan harga lebih kurang RM150. Biasanya suntikan ini tahan sehingga 2 tahun. 

#3 PASPORT YANG MASIH SAH TEMPOH

Untuk perjalanan antarabangsa dah semesti nya buku merah a.k.a pasport ni diperlukan. Yang paling penting pasport tersebut masih mempunyai tempoh sah laku lebih 6 bulan dari tarikh penerbangan.

Dan. Mesti juga mempunyai sekurang-kurangnya 6 halaman yang masih kosong.

#4 PERMOHONAN VISA

Kerajaan Arab Saudi menetapkan semua warga asing mendapatkan visa sebelum masuk ke negara mereka. Jadi semua jemaah umrah atau haji perlu mendapatkan visa di kedutaan Arab Saudi.

Kepada yang mengikuti umrah dengan mana-mana tour company, biasanya permohonan visa diuruskan oleh mereka. Anda hanya perlu menyediakan dokumen yang diperlukan sahaja. 

Antara perkara yang diperlukan adalah:
  • Kad suntikan ACYW135
  • Pasport antarabangsa seperti yang dinyatakan dalam perkara #3
  • 4 keping gambar berukuran pasport 4x6 berlatarbelakang warna putih.


#5 PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL

Perkara ni tak kurang penting nya. Persediaan mental dan fizikal memang perlu sebelum menunaikan umrah. Make sure kesihatan kita ditahap yang optimum sebelum menunaikan umrah. Tingkatkan antibodi dengan pengambilan vitamin C. Seeloknya ambil vitamin C yang dilepaskan secara berperingkat bagi mendapatkan dos yang optimum setiap jam seperti Vitamin C dari Shaklee.


Kesihatan semasa umrah amat penting bagi melancarkan amal ibadah anda disana dan selepas pulang kembali ke tanah air. Maklumla bercampur dari rakyat pelbagai negara. 

Jadi semak 5 perkara wajib ini sebelum anda menunaikan umrah. Jika ada yang masih belum lengkap, cepat-cepat selesaikan nya. Dan anda wajib membawa bersama suplimen-suplimen penting ke sana nanti supaya anda kekal bertenaga dan dapat menunaikan umrah dengan gembira.


Share this article :
+
Previous
Next Post »
1 Komentar untuk "5 PERKARA WAJIB BUAT SEBAGAI PERSEDIAAN SEBELUM MENUNAIKAN UMRAH"

Tips Yang berguna.. Shaklee jgn tinggal

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top