KAWAL PENYAKIT DARAH TINGGI KETIKA HAMIL DENGAN SHAKLEE

Eh. Tinggi bacaan darah puan. 142/93. Puan ada darah tinggi ni. Puan kena datang periksa tekanan darah 2 kali seminggu ye.

Mesti anda rasa terkejut kan kalau misi di klinik ibu dan anak yang periksa tekanan darah, cakap begitu. Tak pernah terbayang muda-muda dah kena penyakit darah tinggi. Rasa stress mula la menjengah. Dah la kena datang 2 kali seminggu. Kalau senang nak datang tak apa la juga. Ni nak datang pon kena tunggu suami yang bawa. Tak pon kena minta kebenaran bos. Aduh. Macam mana ni.

Kawal-penyakit-darah-tinggi-ketika-hamil-dengan-shaklee



Penyakit darah tinggi ketika hamil bukan lah suatu masalah yang asing bagi kebanyakan ibu hamil. Penyakit darah tinggi ini boleh dikesan seawal usia kandungan 15 - 20 minggu. Ada 3 kategori penyakit darah tinggi untuk ibu hamil.

#1 Gestational Hipertension

Terjadi apabila penyakit darah tinggi dikesan SELEPAS usia kandungan mencecah 20 minggu dan pemeriksaan urin menunjukkan tiada protein dalam urin.

#2 Chronic Hipertension

Terjadi apabila penyakit darah tinggi dikesan SEBELUM usia kandungan mencecah 20 minggu dan pemeriksaan urin menunjukkan tiada protein dalam urin.

#3 Preeclampsia

Terjadi kepada ibu hamil yang disahkan menghidap chronic hipertension atau gestational hipertention dan pemeriksaan urin menunjukkan kehadiran protein dalam urin tersebut.

Yang paling bahaya adalah preeclampsia kerana jika tidak dikawal dengan baik, ianya boleh merbahayakan nyawa ibu dan anak yang dikandungnya.

Sebelum saya kongsikan bagaimana cara yang mudah untuk anda kawal penyakit darah tinggi ketika hamil ini, jom baca dulu bagaimana atau mengapa ibu hamil boleh mendapat penyakit darah tinggi ini.

PUNCA PENYAKIT DARAH TINGGI KETIKA HAMIL


Semasa hamil, uri bayi yang dikandung akan mengembang selari dengan perkembangan bayi. Terdapat banyak salur darah pada uri yang menjadi bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Jika salur darah pada uri ini tidak berkembang seperti yang sepatutnya, ibu hamil berisiko untuk mendapat penyakit darah tinggi.

Ini disebabkan oleh pengaliran darah ibu ke salur darah uri tidak berlaku dengan sempurna. Perkembangan salur darah yang tidak normal menyebabkan  sejenis bahan kimia dirembeskan ke dalam darah ibu menyebabkan salur darah ibu hamil mengecut.

Seeloknya elakkan makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi walaupun tiada kajian saintifik yang mengesahkan kaitan kandungan garam dan penyakit darah tinggi ketika hamil ini.

Wanita yang hamil pada usia melebihi 40 tahun juga berisiko untuk mendapat penyakit darah tinggi ini atas faktor usia.



Sememangnya ibu hamil akan mula runsing dan tertekan jika doktor mengesahkan penyakit darah tinggi ketika hamil ini. Kebiasaan nya penyakit darah tinggi boleh hilang selepas melahirkan terutamanya penyakit kategori #1 iaitu Gestational Hipertension. Walaubagaimanapun penyakit darah tinggi ketika hamil ini perlu dikawal supaya tidak berlaku kelahiran pramatang, strok ketika hamil dan kekurangan nutrisi kepada bayi yang dikandung.


KAWAL PENYAKIT DARAH TINGGI SECARA SEMULAJADI


Bagi mengelakkan penyakit darah tinggi ketika hamil ini menjadi lebih serius dan melarat, ibu hamil digalakkan untuk mengawal pemakanan dan mengambil makanan tambahan dari bahan-bahan semulajadi. Dengan kajian Landmark study yang dijalankan oleh pihak ketiga, suplimen Shaklee diperakui dapat mengawal penyakit darah tinggi dan beberapa penyakit yang lain.



Bagi mengawal penyakit darah tinggi ketika hamil, saya amat menyarankan ibu hamil mengambil suplimen semulajadi dari Shaklee ini. Shaklee menjalankan lebih 100 000 kajian klinikal ke atas semua tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam produk nya. jadi suplimen dari Shaklee diperakui selamat kepada penggunanya termasuklah untuk ibu hamil.

#1 OMEGA GUARD

Omega guard berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan membantu melincinkannya. Secara tak lansung ia dapat mengelakkan berlakunya pembekuan darah dan menurunkan paras kolestrol yang juga boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dalam kalangan ibu hamil.

Selain itu omega guard amat bagus untuk ibu hamil kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan otak bayi yang dikandung dengan membekal DHA dan EPA kepada otak bayi.

#2 GARLIC COMPLEX

Kesihatan ibu hamil sangat perlu dijaga. Pengambilan garlic complex dapat mengawal jangkitan dan yang bagusnya ianya dapat juga menurunkan tekanan dara ibu hamil. Kiranya macam serampang dua mata juga garlic complex ni.


#3 OSTEMATRIX

Ostematrix merupakan sumber kalsium dan magnesium yang baik untuk wanita, lebih-lebih lagi untuk ibu hamil. Kalsium memang diketahui dapat memberikan nutrisi yang secukupnya untuk pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat. 

Kandungan magnesium dalam ostematrix juga tiada kalahnya. Ianya dapat mengawal pengecutan salur darah dan mengelakkan salur darah menyempit selain dapat menggalakkan penyerapan kalsium secara optimum.

#4 B COMPLEX

Tidak dinafikan stress dalam kalangan ibu hamil adalah sangat sinonim. Kadang-kadang apabila ibu hamil kerap stress ianya akan menggangu kelancaran salur darah. Oleh itu amat penting untuk ibu hamil mengawal stress.

Pengambilan B complex dapat mengawal stress dan seterusnya mengawal penyakit darah tinggi.

Sebenarnya sudah ramai ibu hamil yang mengamalkan suplimen yang dicadangankan ini secara konsisten dan semuanya memberi reson yang positif. Yelah suplimen Shaklee ni pon memang terbukti BERKESAN, SELAMAT, DAN MESRA ALAM.

Sekiranya anda tak mahu kelahiran pramatang berlaku atau pun bayi anda dilahirkan dengan nutrisi yang tak lengkap, segera dapatkan suplimen Shaklee untuk penyakit darah tinggi anda. Insyallah dengan pengambilan suplimen yang betul dan panduan dari SID yang betul anda akan gembira bertemu bayi anda buat kali pertama nanti.








Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "KAWAL PENYAKIT DARAH TINGGI KETIKA HAMIL DENGAN SHAKLEE"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top