4 MASALAH IBU HAMIL YANG MERBAHAYAKAN NYAWA IBU DAN BAYI YANG DIKANDUNG

Semua ibu hamil memang mengimpikan supaya dapat melalui fasa 40 minggu kehamilan secara normal tanpa sebarang masalah. Bila pergi Klinik Ibu dan Anak untuk pemeriksaan rutin tentunya mengharapkan berat badan naik cantik, tekanan darah cantik, Hb cantik. Bila doktor scan bayi pon nampak pertumbuhan dan pembesaran bayi selari dengan usia kandungan. Tentunya rasa seronok je kan.


masalah-ibu-hamil-yang-merbahayakan-nyawa-ibu-dan-anak



Namun bukan semua ibu hamil melalui fasa kehamilan ini tanpa sebarang masalah. Ada yang terlebih berat badan. Mana tak nya sejak hamil ni selera makan mencanak naik terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Patutnya naik 1 kg sebulan. Tapi naik sampai 3 - 4 kg sebulan. Mak aih..

Bukan itu ajer. Ada yang tiap kali datang pemeriksaan rutin, doktor beritahu hb darah rendah. Yang mana boleh menyebabkan bayi bersaiz kecil atau boleh berlaku kelahiran pra-matang. 

Apabila berlaku kejadian seperti ini. Ibu hamil sepatutnya perlu berjaga-jaga. Bukan apa. Kita tentu la mahu bayi yang kita lahirkan itu sihat dan membesar dengan baik semasa dari kandungan lagi. 

Kerana masalah-masalah seperti itu boleh membawa kepada penyakit yabg boleh merbahayakan nyawa ibu dan bayi sama ada semasa kandungan, ketika melahirkan ataupun selepas melahirkan bayi.


MASALAH IBU HAMIL YANG MERBAHAYAKAN NYAWA


#1 Gestational Diabetes Menstrual (GDM)

GDM dikalangan ibu hamil adalah apabila keadaan bacaan gula dalam darah meningkat semasa hamil. Ianya boleh dikesan melalui bacaan darah semasa ujian MGTT di jalankan. 

Jika tidak dikawal dan dikesan dari awal, ianya boleh menyebablan bayi yang dikandung terlalu besar menyebabkan ibu tidak mampu melahirkan secara normal, bayi yang dilahirkan mempunyai bacaan gula dalam darah yang rendah atau pon boleh menyebabkan bayi mendapat jaundis selepas dilahirkan. 

GDM dikalangan ibu hamil boleh dikawal dengan pengambilan suplimen shaklee seperti B complex, suplimen kalsium dan multivitamin.



#2 Hipertension / Pre-eclampsia

Hipertension atau darah tinggi adalah satu keadaan dimana tekanan darah ibu hamil melebihi bacaan 140/90. Bacaan tekanan darah ibu hamil yang normal adalah sekitar 120/80.

Penyakit darah tinggi ni ada 3 kategori iaiti gestational hipertension, chronic hipertension dan pre-eclampsia.



#3 Anemia

Bacaan Hb puan rendah ni. Kalau tak dikawal boleh menyebabkan anemia.

Ha. Risau kita bila doktor cakap gitu.

Anemia ialah satu keadaan di mana sel darah merah yang sihat tidak mencukupi dalam sel darah ibu hamil yang berfungsi untuk membawa oksigen ke dalam tisu dan nutrien penting kepada bayi. Apabila tisu tidak dapat menerima oksigen yang mencukupi, banyak organ yang tidak dapat berfungsi dengan baik.



Ibu hamil yang mengalami anemia perpotensi untuk melahirkan bayi pra matang, saiz bayi kecil, tumbah darah semasa proses melahirkan yang mana boleh merbahayakan nyawa bayi dan ibu.

Anemia yang dikesan dikalangan ibu hamil dapat dikawal jika ianya dapat dikesan di peringkat awal. Kebiasaannya doktor akan beri suplimen bagi meningkat bacaan sel darah merah ini. Sesetengah ibu akan mengalami sembelit akibat pengambilan suplimen tersebut. Jadi anda dinasihatkan untuk makan makanan berserat bagi mengelakkan sembelit ini.

Ataupon anda boleh amalkan suplimen seperti Vitalea iron formula dari Shaklee untuk meningkatkan bacaan sel darah merah ini.


#4 Group B Streptococcus Infection (GBS)

GBS adalah sejenis jangkitan bakteria yang berlaku sekitar vagina atau rectum seorang ibu hamil. Kebiasaaannya bakteria ini didapati pada 25% wanita yang sihat. 

Ibu hamil yang disahkan menghidap GBS dianngap sebagai koloni. Bakteria GBS ini boleh berjangkit kepada bayi semasa proses melahirkan.

Adalah disarankan supaya ibu hamil menjalani penyaringan rutin bagi vagina strep B. Penyaringan ini biasanya dijalan kan sekitar minggu ke 35 hingga minggu ke 37.

Bukan semua bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil yang positif GBS, akan jatuh sakit. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa simptom yang dapat menunjukkan ibu hamil positif GBS berisiko tinggi menjangkiti bayi yang dilahirkan itu.

Antaranya ialah 

  • Demam semasa proses melahirkan
  • Jangkitan pada salur kencing
  • Pernah menjangkiti bayi dengan GBS pada kelahiran sebelumnya

Bagi mencegah jangkitan berlaku ibu hamil akan diberi antibiotik semasa proses kelahiran untuk mengirangkan risiko bayi dijangkiti bakteria GBS.

Ibu hamil amat digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan lebih berat ketika hamil. Kerana ibu perlu sihat untuk diri sendiri dan juga untuk anak yang dikandung. Jika ibu mengalami masalah-masalah seperti diatas, ada kemungkinan bayi yang dilahirkan mendapat penyakit yang tidak diingini. Lakukan pemeriksaan kandungan secara rutin dan amalkan suplimen yang betul semasa hamil. Insyallah perkara-perkara yang tidak diingini semasa hamil dan sesudah melahirkan dapat dielakkan.



Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "4 MASALAH IBU HAMIL YANG MERBAHAYAKAN NYAWA IBU DAN BAYI YANG DIKANDUNG"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top