7 RESEPI BUKA PUASA MINGGU KETIGA

Assalamualaikum semua..

Sebelum ni saya dah share resepi untuk minggu pertama. Jom saya share resepi yang anda boleh try untuk minggu kedua bulan puasa pulak.

  1. Tomyam 
  2. Nasi Ayam Hakka
  3. Mee Rebus
  4. Gulai Tempoyak Ikan Kembung
  5. Ayam Golek Sri Pahang
  6. Kari Kepala Ikan
  7. Black Pepper Steak
RESEPI RAMADHAN MINGGU 4 << KLIK SINI


>> TOMYAM

Bahan-bahan: 
Ayam - 1/4 ekor (dipotong kecil) 
Daging - 250 gm (dipotong kecil) 
Udang - terpulang pada tukang masak 

Bahan-bahan A: 
Blenderkan Halia 3 inci 
Bawang merah 6 ulas 
Cili api 20 biji (seeloknya yg dah masak berwarna merah) 

Bahan-bahan lain:  
Minyak masak 
1/5 cawan Serai 
6 btg serai (diketuk) - lebih pun boleh 
Lobak merah 
2 btg (dipotong) Bunga kubis
150 gram Putik jagung
2 bungkus Tomato 
3 biji (potong 4) Bawang besar
3 biji (potong 4) Daun limau purut 
3 atau 4 helai Limau nipis - ambil airnya, dan ikut keperluan 
Batang saleri - 2/3 btg dari sepokok (potong panjang 1/2 in) 
Cili api - diketuk(jika rasa perlu untuk tambahkan kepedasan) 
Sos ikan - dalam 1 atau 2 sudu 
Air Garam 
Bahan perasa - jika berminat 

Cara memasak:
1.Panaskan minyak dalam periuk, dan tumiskan bahan2 yang dikisar (Bahan A). 
2. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis sehingga pecah minyak. 
3. Masukkan daging yang telah dipotong. Masak sehingga empuk. Dalam proses ini,sedikit air perlu ! 
4. ditambah, hanya utk menyempokkan daging. 
5. Bila daging telah empok, masukkan ayam. Masak lagi sehingga ayam 3/4 masak.Tambahkan air hingga paras air tu... 1 1/2 kali ganda dari bahan2 yang adadidalam periuk tu. 
6. Masukkan udang jika berminat. Masak lagi hingga air mengelegak. 
7. Masukkan lobak merah, putik jagung dan bunga kobis. Masukkan juga daun limau purut. Cili api yg telah diketuk (pastikan dulu tahap kepedasannya - mungkin anda telah berpuas hati). 
8. Masukkan jua... tomato dan bawang besar, serta batang saleri. Sos ikan dan garam serta bahan perasa jika berminat. Pastikan mengelegak.... dan tutupkan api. 
9. Akhir sekali masukkan perahan air limau.... Seimbangkan rasa masin dan masam.


>> NASI AYAM HAKKA

Bahan-bahan
1 ekor ayam segar 
Kicap cair (Cap Camel) 
Minyak Bijian 
Bawang merah 1 biji 
Bawang putih 3 biji 
1 ketul kecil halia 
Beras 2 tin susu 
1 sudu besar garam 
1 sudu kecil Ajinamoto 
Sedikit lada putih

Cara memasak: 
1.Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita bolehcucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senangdapat ditembusi. 
2. Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cairdiikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas. 
3. Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kitamemotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotongketika panas. 
4. Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidakmemasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebihdari paras beras) 
5. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing). 
6. Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto danlada putih. 
7. Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.


>> MEE REBUS

Bahan-bahan: 
1 paket mee kuning - celur Bahan sayuran: 
50 sen Taugeh 
Celur Sedikit daun sup 
Hiris nipis Sedikit daun bawang 
Hiris nipis Bawang goreng 
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis. 
5 biji Cili hijau 
Hiris nipis Limau nipis/limau kasturi 
Belah dua Telur rebus 

Bahan-bahan kuah: 
Sedikit minyak untuk menumis 
4 sudu cili kering yang di kisar 
3 biji bawang merah - kisar 
3 sudu lengkuas yang di kisar 
4 batang serai dikisar halus 
2 biji bawang putih - kisar 
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap. 
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus 
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus 
3 sudu gula atau secukup rasa garam secukup rasa 
Sedikit ajinomoto 
4 sudu sos tomato Air - agak-agaklah 

Cara memasak:
1.Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi. 
2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali. 
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuhgaram, gula, aji, sos tomato. 
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.


>> GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan: 
1 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 
10 biji cili padi Serbuk kunyit Garam 

Cara memasak:
1.Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telahdikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat. 
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam 
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang


>> AYAM GOLEK SRI PAHANG

Bahan-bahan: 
1 ekor ayam (dibersihkan) 
300 gm bawng merah (dikisar halus) 
5 cm halia (dititik) 
2 sudu besar rempah kari ayam 
2 keping asam gelugur 
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan) 
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santandi dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yangkecil selama 20 minit. 
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasasehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasadipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya. 
4. Bila masak, bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri. hidangkan bersama minuman.

>> KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahan : 
1 kg kepala ikan 
50 gm bawang merah 
30 gm halia (dikisar) 
30 gm bawang putih (dikisar) 
50 gm cili kering (dikisar) 
50 gm ketumbar 
40 gm serbuk jintan putih 
30 gm serbuk kaskas 
10 gm serbuk lada putih 
40 gm serbuk kunyit 
1 liter santan kelapa 
20 gm garam 
10 biji kacang bendi 
6 biji terung 

Cara memasak:
1.Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yang telahdicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 
2. Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hinggasebati. 
3. Masukkan pula terung dan bendi, tunggu hingga separuh masak. 
4. Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.



>> BLACK PEPPER STEAK

Bahan-bahan: 
1/2 kg daging (sebaik-baiknya batang pinang) 
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 sudu teh lada hitam biji (boleh juga ganti dengan 1/2 sudu teh lada serbuk,tapi rasanya kurang oomph!) 
1 batang lobak merah (dihiris menyerong setebal 1/2 inci) 
1/2 cawan kicap manis 
1 cawan air 
1 ulas bawang besar (dihiris membulat setebal 1/4 inci) 
1/2 cawan cendawan butang (kalau yang sebiji-sebiji tu, belah dua. Kalau yang dah siap hiris, tak payah buat apa-apa lagi dah) 
1 biji buah tomato (dibelah 4 atau 6) 
1/2 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 
2 sudu besar air (untuk memekatkankuah) 
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa 
2 sudu besar minyak masak

Cara memasak:
1. Daging dihiris lebar dan setebal 1/2 inci. Bersihkan dan ketepikan.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. 
3. Masukkan daging, bahan dikisar, lobak merah, kicap manis dan air ke dalamperiuk yang dalam. 
4. Masak atas api sederhana / kecil sehingga daging empuk (pastikan kuahnya takkering dan tambah air, jika perlu). 
5. Sementara daging dimasak, goreng bawang besar hingga layu. Angkat danketepikan. Ulangi langkah ini dengan buah tomato. 
6. Apabila daging dah empuk, masukkan bawang besar dan tomato bersertaminyaknya, cendawan butang, campuran tepung jagung dan gula secukup rasa.
7. Masak atas api kecil selama 3 - 5 minit lagi. 
8. Siap untuk dihidang.

Tips: Stik ini enak dimakan bersama "garlic toast" dan french fries.


Ha.. tu dia 7 resepi untuk menu buka puasa. Menyelerakan bukan. Jom kita try sama-sama.
p/s: resepi ni saya dapat dari fb. terima kasih kepada yang sudi kongsi resepi ni.

Till we meet in the next entry..
~~Selamat Berpuasa~~
~~Happy Reading~~
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "7 RESEPI BUKA PUASA MINGGU KETIGA"

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top