Assalamualaikum semua..
Semalam Mr. X saya tag nama saya dalam facebook untuk satu video mengenai No Bake OreoChoc. Sebagai seorang isteri yang sangat memahami, chewahh perasan kejap, saya pon terus ke econsave beli barang-barang nak buat kek ni.
Sebelum ni pon Mr. X dah pernah tag saya dalam video no bake kek ni jugak. Tapi sebab kekangan masa tak dapat nak buatkan.
Jom saya share sikit resepi dan cara-cara buat kek ni. As easy as A B C.
Bahan-bahan:
300g biskut oreo
110g mentega
200mL heavy cream
(Saya guna whipping cream)
2 sb cream cheese
200g milk chocolate
(Saya pakai chocolate cadbury)
100g bittersweet chocolate
(Saya pakai dark chocolate hershey's)
Hiasan:
1 paket strawberry
(Saya pakai buah kiwi)
Crushed almond
Cara-cara:
1. Kisar oreo sehingga hancur. Tapi saya tak kisar hancur sangat, sebab nak ada rasa tekstur biskut tu sikit. Terpulang kepada individu.
2. Cairkan mentega dan masukkan ke dalam pengisar bersama-sama oreo yang telah hancur tadi. Kemudian kisar semula sehingga oreo dan mentega sekata.
3. Masuk dan ratakan campuran mentega dan oreo hancur ke dalam bekas yang sesuai. Ratakan campuran sehingga ada sedikit tebing campuran di keliling bekas. Paham ke ayat saya ni?? Hehe
Saya masukkan dalam bekas untuk bakar dalam oven sebab tak ada bekas yang sesuai kat rumah..
4. Simpan dulu campuran tadi ke dalam peti sejuk sementara menyediakan chocolate toping untuk bahagian atas kek.
5. Patah-patahkan milk chocolate dan dark chocolate ke dalam mangkuk.
6. Panaskan whipping cream bersama cream cheese dengan api bersuhu sederhana. Tak perlu tunggu sehingga mendidih.
7. Tuang cream yang telah dipanaskan tadi ke dalam chocolate sedikit demi sedikit dan kacau sehingga chocolate cair.
8. Keluarkan bekas campuran oreo dari peti sejuk dan tuang chocolate cair di atas campuran oreo. Ketebalan chocolate ikut kesesuaian.
9. Potong 2 strawberry dan susunkan strawberry di atas kek sebelum disejukkan. Jangan potong strawberry terlalu kecik kerana ia akan tenggelam dalam lapisan chocolate.
10. Last sekali tabur kan crushed almond di atas kek dan masukkan kek ke dalam peti sejuk untuk di sejukkan. Simpan semalam.
11. Taraa.. Sedia untuk dihidang.
Till we meet in the next entry
~~Happy Baking~~
0 Komentar untuk "RESEPI NO BAKE OREOCHOC "
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.