Assalamualaikum semua..
Bersiaran dari dapur rumahku. Hehe. Semalam 1 Ramadhan, Melaka cuti sempena awal Ramadhan. Pada awalnya ingat nak balik rumah parents kat Klang.
Tapi sebab they all tak cuti untuk Awal Ramadhan ni, jadi last week dah balik ke sana dah.
Nak dijadikan cerita, dah tak ada nak buat apa kan hari cuti tu, kami (me and Mr. R) pon decide untuk pergi dobi. Bukan sebab tak ada mesin basuh kat rumah ni.
Tapi...
Sebab mesin basuh tak muat nak basuh 1 set of comforter. Hehe.
Biasanya kami hantar dobi je. Dobi 1 set comforter di sini lebih kurang RM 12-RM 15. Tapi sebab kami nak basuh 2 set. Kalau hantar ke dobi dah lebih kurang RM24.
Jadi saya suggest kat Mr. R kita pergi ekspress dobi je la. Kat Melaka ni pulak tengah top ekspress dobi ni. Jadi mudah la kita nak dobi baju sendiri.
Kami pergi ekspress dobi kat Malim. Depan opis saya je. Hehe.
Pergi dengan confidentnya konon-konon pandai la nak guna. Hehe. Tapi bila sampai sana macam tercengang-cengang jap. First time la katakan..
Nasib baik, tiba je kat situ ada uncle n aunty yang jaga kedai tu tengah lap-lap mesin-mesin basuh. Mr.R pon apa lagi. Terus tanya kan uncle tu macam mana nak guna.
Dah dapat free tutorial dari uncle tu. Senang. Malu bertanya sesat jalan. Tak malu bertanya senang kerjaan. Eh. Bagi pantun 2 kerat pulak. Hehe
Mesin kat sini ada 3 saiz. Untuk 9kg, 14kg dan yang paling besar 24kg. Semua mesin dobi ni front loaded taw. Maksudnya masuk kan laundry dari depan.Ngee
Setiap mesin tu ada border line dia. Jadi kalau boleh masukkan laundry kita tu biar jangan lebih border line. Supaya baju kita bersih. Kalau tak mesin tu setakat pusing je la..
Untuk 2 set comforter kami pilih mesin yang paling besar. Sebab tengok mesin yang medium tu macam tak muat je. Setiap mesin ni, harga dia berlainan taw. Ikut saiz mesin dan ikut jenis air yang kita nak guna. Sejuk, suam atau panas.
Mesin kat sini gunakan 50 sen emas untuk operasi. Jadi dobi ekspress ni dah siapkan vending machine dah untuk tukar duit. Senang kan. Dobi ni jugak ada sediakan wifi taw. Bagus kan.
Untuk laundry kami, pilih air suam. Rasa macam senang hilang kotor sikit. Betul ke teori tu? Heh.
Meh saya belanja sikit Mr. R tengah mendobi. Saya tengok je. Hehee. Sebab tengah dukung si Amani. Dia tak berapa sihat. Asyik nak berkepit je. Jadi ayah dia la yang terpaksa buat. Hehe
Dobi ni ada CCTV taw. Jadi baju-baju yang kita basuh tu selamat la.
Kalau nak dikira kos mendobi ekspress ni, murah sikit la berbanding kalau hantar ke kedai dobi. Cuma kita nak kena tunggu sikit la.
Untuk basuh, perlukan 24 minit. Nak kering kan pon sama 24 minit jugak. Untuk pengering tu ada je 3 minit. Harga dia pon murah sikit. Tapi takut laundry tak kering pulak.
Kami ambil pengering untuk 24 minit high temperature. Itu pon tak kering lagi. Heh. Terpaksa jemur kejap kat rumah.
Siap ada meja lagi nak lipat laundry
Sementara nak tunggu dobi tu kami pergi la pasaraya depan dia kejap. Beli- beli barang sikit. Ada gak pengisiannya dari duk hadap mesin tu kan. Ngee
Kelebihan dobi ni saya dah citer banyak dah kat atas.
Kekurangan dobi ekspress ni:
1. Kena tunggu sendiri laundry.
2. Risiko tak kering macam comferter kami tu.
3. Sabun kena bawak sendiri.
4. Kalau nak kira kos + masa lebih lurang je kot dengan kedai dobi. Unless kita ada laundry yang banyak. So untung jugak la pergi dobi ekspress ni.
Selain dari itu, ok kot rasanya. Hehe
Ok. Dats all for now.
Till we meet in the next entry
~~ Happy Reading ~~
2 Komentar untuk "RM12 UNTUK 24KG. MAHAL KE MURAH??"
Tak pernah sebenarnye pegi sini . tp ade je selalu lalu depan ( hak hak hak ).. by the way . good info :) . Thumbs up . Nak cube nanti . In shaa Allah . Salam Ramadhan
Saya pon tak pernah terfikir nak pegi. Tetiba je dapat idea. Hehe. Kalau pergi jgn lupa bwk bakul or plastik ye. Hari tu kami tak bawak plastik or bakul terpaksa transfer kain tu sikit-sikit ke bahahian dryer.. ngee
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.