APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN DI MALAM TERAKHIR BERGELAR BUJANG

Assalamualaikum semua..

Minggu ini merupakan hujung minggu yang panjang bagi semua. Mana taknya. Cuti sabtu dan ahad bersambung cuti hari kebangsaan yang jatuh hari isnin.

Wow.. Bila cuti panjang begini tiba. Ramai la yang ambik kesempatan untuk tamatkan zaman bujang. Betul tak.


Termasuk la kezen saya yang sorang ni. Berdebar-debarkan nak tunggu lafaz ijab dan kabul. Malam-malam terakhir jadi bujang ni memang dah hafal macam-macam jawapan la kan.

Ye la. Takot nak kena soal esok harinya..

Ada pulak yang dah gementar sangat sampai tak tahu nak buat apa. Jom saya share skit apa yang anda boleh lakukan di malam terakhir sebagai bujang. Sebelum anda tempuh malam pertama sebagai suami/isteri.

#1 
Rest and relax
Esok anda dah nak nikah kan. Jadi malam terakhir ni anda jangan la stress pulak.

Saya tahu kebanyakan bakal pengantin akan rasa stress memikirkan pasal majlis anda. Nak-nak lagi si bujang wanita. I know. I've been there.
Nasihat saya anda chill aje. Jangan fikirkan sangat semua itu. Takot nanti hilang seri pengantin di wajah anda.

#2
Tiga Solat Sunat
Esok anda bakal melansungkan pernikahan kan. Jadi ada baik nya anda tunaikan tiga solat sunat ni.


Apa tu? Solat taubat, solat tahajud dan solat hajat. Tapi kalau nak tahajud tu kena tidur dulu. Sekejap pon tak pe.

(Saya pernah dengar di radio IKIM tak lama dulu, ustaz cakap kalau tak tidur pon tak apa, cuma afdhalnya anda perlu tidur dulu. Wallahualam)

Seeloknya tiga solat sunat ni anda amalkan seawal mungkin. 2-3 bulan sebelum hari bahagia. Bukan apa, elok la kita mohon ampun dari Allah atas dosa-dosa kita sebelum ini. Mohon moga allah merahmati masjid yang akan kita diri kan.

#3
Sebelum bertukar Syurga
Ya.. Bagi si bujang wanita, esok syurga anda akan bertukar tempat. Maka elok la kita berjumpa syurga kita iaitu ibu dan ayah pada malam terakhir ini.


Minta maaf pada mereka. Mohon restu dari mereka. Berterima kasih la pada mereka membesar dan mendidik kita selama ini. 

Minta mereka doakan kebahagiaan kita.
Si bujang lelaki pon boleh lakukan perkara yang sama. Tak salah pon.

Selain dari itu anda juga boleh la semak persiapan terakhir. Deko hantaran. Cek goody bag.  Jangan lupa minta sedara mara pasangkan penanda arah. 

Ada yang tak jumpa jalan ke rumah kang. Hehe

Selamat pengantin baru saya ucapkan pada anda yang akan mengakhiri zaman bujang tu. Jadila pasangan yang baik utk suami/isteri kita..

Till we meet in the next entry
~~Happy Reading~~

Share this article :
+
Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN DI MALAM TERAKHIR BERGELAR BUJANG"

kak.. mohon tukarr warna sebab terang sangat... kesian saye yg rabun ade effect bile tgk lame2...

hu..hu..bestnya kalau jadi pengantin dan raja sehari

ehem.. ehem.. Sekali cukup la kan.. Heheh

Dah tukar dah. Tq for ur feddback..=)

Berdebar nak tamatkan tempoh bujang tu kan?hihi

bakal pengantin wajib baca entry ni

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top