MY SWEET SOHO. SOHO atau nama panjangnya small office home office. SOHO ni mula terkenal bila ramai ibu ayah yang bekerja dari rumah. Atau pon orang sekarang panggil WAHM tak pon WAHD.
SOHO |
SOHO ni dah jadi satu keperluan untuk mereka sebagai work station. Kalau di pejabat kita ada work station masing-masing kan. Simpan fail. Letak PC atau laptop. SOHO pulak penting untuk simpan maklumat pelanggan ke. Nak simpan order ke.
Saya sebenarnya dah lama berangan nak ada SOHO sendiri. Pada awal pemulaan bisnes ni saya tidak fikir ia sebagai satu keperluan. Pemikiran saya ketika itu.
"Bisnes kecik-kecik aje. Tak payah la SOHO bagai. "
Tapi lama-lama saya seperti hilang motivasi untuk berbisnes. Saya fikir bagaimana saya nak maju dalam bisnes jika tiada motivasi datang. Jadi dari situ saya bertekad untuk wujudkan SOHO saya.
Alhamdulillah. Suami saya memberi sokongan penuh untuk saya wujudkan SOHO saya sendiri. Siap dicarikan gambar -gambar contoh SOHO lagi untuk saya.
Taraaa.. Ini la SOHO saya |
Akhirnya setelah keputusan nekad untuk ada kan SOHO ni. Maka wujud la SOHO yang saya kira selesa untuk saya. Simple je. Tapi yang penting saya rasa mudah nak uruskan bisnes. Tak ada la rasa berat je..
Banyak sebenarnya kebaikan SOHO ni terutama pada mereka yang berbisnes macam saya.
1. Anda boleh simpan semua dokumen atau produk anda di SOHO. Butiran diri pelanggan. Bahan bantuan jualan atau sales aid anda. Semua diletakkan di satu tempat dan disusun dengan teratur.
Jadi tak ada la bersepah dokumen-dokumen anda tu. Macam saya dulu semua dokumen ni dalam beg. Bila nak digunakan je malas nak punggah beg. Tapi sekarang tak lagi. Semuanya boleh dicapai dengan mudah.
2. Anda boleh letak kan PC atau laptop anda secara tetap. Tak perlu la setiap kali guna nak kena kemas dan masukkan dalam beg. Nanti bila nak guna, mula la malas nak keluarkan. Kerja pon tak jalan. Mana nak masuk sales.
3. Letakkan papan kenyataan di hadapan SOHO anda. Dengan itu boleh la anda tampalkan apa-apa reminder untuk bisnes anda. Nak follow up customer ke, nak tampal senarai nama mereka ke terpulang pada anda.
Yang lebih penting papan ini boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi diri anda.Letak la gambar suami dan anak-anak ke. Mereka kan penguat semangat kita. Tak pun letak kata-kata semangat yang anda boleh baca setiap kali rasa down.
26 Komentar untuk "MY SWEET SOHO "
saya memang sediakan satu bilik khas untuk SOHO ini..bukan sekarang tapi akan datang..aamiin
dalam mudah banyak soho...
tp untuk sewa akmost 1k per bulan
Zumal pun ada buat tempat khas di rumah sebagai tempat menyimpan data perniagaan dan sebagainya...
MV pun teringin nak ada SOHO yang cute juga..senang nak buat kerja
saya pun ada SOHO jgak.. lebih selesa kalau nak update blog.
saya pun ada soho gak... nak kena kemas semula soho tu untuk kembalikan semula mood berkerja dari rumah...
ingatkan gambar yang first tu :p ... kalau camtu samalah kitanya yer, simple dimple :)
Saya tumbang bilik tetamu di rumah buat sementara. Hehehe
Heheh saya tak sewa pon. Buat sendiri di rumah je. FOC
MV cepat-cepat buat taw. Sonok dah ada SOHO ni.
Kan.. Semua material ada kan. Nak update pon idea datang je..
Itu betul tu. Saya pon tak boleh nak baut kerja kalau sepah-sepah ni. Hehehe
Hahahha yang itu contoh je. Kita punya simple-simple je. Berangan jugak nak ada yang cenggitu..
Kadang-kadang tak perlu soho yang kabinet mahal pun.
Sebab yang penting kemas dan teratur mudah nak buat keje.
saya dah buat satu kat rumah
tapi tak bisnes apa2 pun
huhu
Alahai, so sweet SOHO tu. Sekurang-kurangnya ada tempat khas nak buat biz ni.
wah, tahniah dah ada soho sendiri
Yup betul tu.. Yang penting ada tempat khas untuk buat kerja..
Hehehe tak semestinya ada bisnes pon tehramuan.. Boleh je nak buat. Asalkan kita selesa.
Indeed. Tak ada la sepah-sepah barang-barang tu nanti. Hee
terima kasih raihanah..
Bergunakan soho ni zumal..
sementara itu memang permulaan dan perkara biasa bagi orang bisnes..
itu pun ok gak buat sementara
huhu..buat mase skrg blog part time je dlu..Insyallah satu hr nnt nk de SOHO gak..hehe..
btul tu kak..ada soho sndiri rasa mcm bersemangat..jie pun ada..
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.