Minggu ni merupakan minggu terakhir pengkuliahan sebelum student menjalani final exam yang akan berlansung dua minggu lagi. Bila nak dah nak exam ni buat kan saya terkenang-kenang waktu saya belajar dulu.
Bila diimbau. Memang beza pelajar dulu dengan pelajar sekarang. Saya tak pasti di sekolah macam mana. Tapi yang pasti di institusi pengajian tinggi, it's totally different. Boleh buat kita ni hilang sabar kalau layan attitude mereka ni.
Setiap hari saya muhasabah diri macam kakak dalam video ni ajar. Ye la. Mana tahu kerenah-kerenah pelajar ni reflek dari apa yang saya pernah buat sebelum ini.
Jadi dengan cara saya muhasabah seperti video ni, saya harap hari saya akan lebih baik dari semalamnya. Harap pelajr-pelajar yang saya jumpa hari esok pon lebih baik dari hari ini.
APA BEZA PELAJAR DULU DENGAN SEKARANG?
SITUASI 1: LEWAT HADIR KELAS
PELAJAR DULU: Kalau dulu masuk kelas lambat takut nak angkat muka. Kalau angkat pon pandang pensyarah sebab ucap "maaf doktor". Paling tidak pon angkut kan kepala tanda mohon maaf. Kalau datang dengan kawan-kawan lambat. Masuk seorang-seorang dulu ni. Sebab takut dan hormat pada pensyarah. Paling lewat pon masuk 5 minit lepas lecture mula.
PELAJAR SEKARANG: Masuk kelas lambat. Dah la masuk beramai-ramai. Bising lagi. Siap bagi alasan tu. Kereta tak ada la. Motor rosak la. Yang paling best, "maaf puan, saya bangun lambat". Memang lecturer zaman sekarang ni kena ada sifat kesabaran yang tinggi. Pulak tu bukan sikit-sikit lambat. kadang sampai 1 jam lambat pon ada.
Apa kata pensyarah: Sabar je la. Nak marah pon tak guna. Masing-masing dah besar. Hari-hari kena sabar dengan kerenah pelajar.
SITUASI 2: NEXT WEEK ADA TEST YE.
PELAJAR DULU: Dengar je ada test, dah siap-siap tulis dah lecturer cakap masuk topik apa. Bila test. Kat mana. Beberapa hari sebelum test kelam kabut dah study. Paling lewat pon malam sebelum test dah study. Time test, nak intai orang sebelah pon takut.
PELAJAR SEKARANG: Sebelum test tak pasti la apa diorang buat. Tapi yang pasti waktu test, pelajar yang sebelum tak pernah tak hadir, tetiba hari test dia tak muncul (suratan atau kebetulan??) . Oh ye. Sebelum test snap nota yang dijangka masuk test. Masa test, letak fon celah kelangkang, intai-intai. Dia ingat pensyarah tak nampak agaknya. Ada yang lagi worst case, tanya "puan, macam mana nak jawab soalan ni (tangan tunjuk soalan). Pensyarah: Kan saya dah ajar. Jawab based apa yang saya ajar la. Pelajar: Saya tak datang puan. Pensyarah: Habis awak tak study dengan kawan ke? Pelajar: Tak sempat." Oh god.. Then what you expect? Pensyarah nak bagi jawapan ke?
Apa kata pensyarah : Kadang-kadang yang buat perkara ni pelajar yang kita tak sangka. Pelajar yang baik. Jadi, kadang-kadang nak marah pon macam kesian. Kalau tak marah, macam tak betul pulak. Delima.. Delima..
SITUASI 3: MENJELANG CUTI SEMESTER ATAU CUTI PERAYAAN
PELAJAR DULU: Krikk.. Krikk.. Kuliah seperti biasa.
PELAJAR SEKARANG: Puan, khamis ni ada kelas tak? Pensyarah: Ada la. Kenapa? Pelajar: Ramai yang dah balik kampung puan. Pensyarah: Aik, kelas tak habis lagi dah balik kampung? Pelajar: Tiket habis puan.
Apa kata pensyarah : Kadang-kadang rasa kesian pada pelajar yang duduk jauh tu. Tapi kadang-kadang fikir yang mereka ni sengaja je. Rasa nya masa kita belajar dulu tak ada nak bagi alasan remeh temeh cenggini.
Itu antara situasi-situasi yang berlaku pada pelajar zaman sekarang ni. Kadang-kadang terfikir, mereka ni tak kesian kat mak ayah ke? Mak ayah hantar belajar pakai duit banyak, tapi mereka ni belajar main-main.
Tak dinafikan juga ada antara mereka yang bagus. Hormat pensyarah. Buat tugasan seperti yang pensyarah minta. Dan biasanya pelajar begini memang excellent. Sebab ilmunya berkat. Menyenangkan hati pensyarah.
Walau apa pon kerenah pelajar zaman sekarang ni, saya anggap semua ni sebagai cabaran untuk saya dan kawan-kawan mencorakkan mereka menjadi generasi yang cemerlang dunia akhirat. Perkembangan teknologi juga mungkin telah menjarakkan jurang yang sedia ada antara kami.
Moga kami dapat mendidik para pelajar ini menjadi seorang yang berguna untuk agama bangsa dan negara.
0 Komentar untuk "BEZA PELAJAR DULU DENGAN PELAJAR SEKARANG"
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.