Assalamualaikum..
Masalah keguguran rambut ni bukan la sesuatu yang asing kan. Baik lelaki. Baik perempuan. Masalah ini boleh jadi kepada sesiapa sahaja. Pernah tak anda sikat rambut sampai sikat rambut tu dah tak nampat sikat nya? Macam gambar kat bawah ni.
Baik. Untuk kali ini, saya nak kongsikan cara atasi rambut gugur khas untuk ibu yang baru sahaja melahirkan. Saya rasa kebanyakan ibu yang baru lepas bersalin akan mengalami masalah rambut gugur yang sangat teruk termasuk lah saya sendiri. Nak-nak pulak kalau rambut kita panjang. Lagi la senang gugur.
Pengalaman kawan saya ni sewaktu lepas bersalin, setiap hari rambut dia mesti gugur dengan teruk. KRONIK! Sampai malu pada suami dia. Agak-agak anda alami tak keguguran tahap kronik macam ni? Bahaya tuu..
Menurut seorang pakar nutrisi Persatuan Penyelidikan Miami, Doug Kalman, kekurangan nutrisi cenderung untuk menyebabkan rambut kering, tak bermaya dan putus. Kekurangan asid lemak menyebabkan tempurung dan kulit kepala kering. Jika folikel rambut tidak sihat, sesorang akan mudah mengalami keguguran rambut.
KENAPA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN?
Ada beberapa sebab atau faktor kenapa rambut kita mudah gugur selepas bersalin:
- Perubahan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan rambut mudah gugur.
- Selepas bersalin, para ibu mudah terdedah kepada tekanan. Tekanan menguruskan rumah tangga, anak-anak dan kerjaya.
- Pemakanan semasa berpantang juga boleh mempengaruhi kekuatan rambut kerana para ibu cenderung untuk menguruskan badan selepas bersalin. Kawalan pemakanan ketika berpantang boleh menyebabkan kekurangan nutrisi penting untuk kekuatan rambut.
- Faktor usia juga memainkan peranan yang penting kerana semakin usia meningkat semakin rendah kadar pertumbuhan rambut baru.
Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor yang boleh menyebabkan rambut gugur selepas bersalin. Tapi tak kan kita nak biar kan rambut kita berterusan gugur. Tentu lah kita tak nak kelihatan botak di usia muda kan? Suami tengok pon tak ada selera. Haa. Nak ke? Mesti lah tak nak kan.
Haa.. tengok rambut model dalam gambar ni. Nak tak rambut kita hitam, lebat berkilat macam dia? Pehh Kalau rambut kita hitam macam ni, suami tengok hari-hari pon geram. Hehehe. Puji 24 jam. Anak-anak pon suka. Hari-hari nak pegang rambut kita. Lembutnya rambut mama. Haa.. nak tak anak-anak kita puji kita macam tu? Atas kesedaran itu lah saya ambil langkah untuk amalkan tips yang boleh jadikan rambut kita macam model.
5 CARA BERKESAN MENGATASI RAMBUT GUGUR
1 . LIMAU NIPIS + SANTAN
Campurkan limau nipis dan santan. Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
Kemudian lumurkan pada keseluruhan kepala sehingga cecah kulit kepala.
Balut atau bungkus rambut menggunakan tuala selama setengah jam hingga satu jam.
Basuh dengan air suam.
Untuk mendapatkan hasil yang baik, lakukan selama 2 minggu hingga sebulan.
2. DAUN BUNGA RAYA + LIDAH BUAYA
Bersihkan dan kisar daun bunga raya beserta lidah buaya sehingga hancur.
Perap ramuan di ats kepala selama satu jam.
Lakukan selama dua minggu untuk dapatkan rambut yang hitam, lebat dan berkilat.
3. KULIT TEMBIKAI
Setiap kali makan tembikai, jangan buang kulitnya.
Ambil kulit tembikai, gosokkan pada kulit kepala anda.
Biarkan ia meresap dalam kulit kepala.
Tunggu selama 20 - 30 minit. Kemudian bilas
4. BAWANG MERAH
Tumbuk bawang merah sehingga lumat. Campurkan air masak secukupnya.
Sapukan pada kulit kepala sehingga rata.
Biarkan selama 20 - 30 minit.
Kemudian bersihkan seperti biasa.
5. KACANG HIJAU
Rendam secawan kacang hijau semalaman.
Ambil air rendaman itu, dan lumurkan pada kulit kepala.
Biarkan sekitar 30 minit dan bilas.
Haa tu dia 5 cara yang boleh kita amalkan semasa berpantang supaya rambut kita tak gugur sampai nak botak. Senangkan. Nak-nak masa berpantang tu ada orang jaga. Request je pada mereka untuk buatkan ramuan ni. hehehe
Rambut merupakan tisu yang paling cepat tumbuh pada tubuh. Bagi menggalakkan pertumbuhan tisu, kita memerlukan protein yang cukup dalam badan. Protein yang cukup dapat membentuk sel-sel badan yang baik. Sel-sel yang baik akan menghasilkan rambut yang sihat, kuat dan bermaya.
Kekurangan zink juga boleh menyebabkan folikel rambut (yang mengikat akar rambut dengan kulit kepala) menjadi lemah.
Tentulah kita nak rambut kita sihat kan? Tapi dari mana kita nak dapatkan sumber protein dan zink ni? Tips yang saya kongsi di atas ni hanyalah rawatan secara luaran. Bagaimana pula nak dapatkan rawatan dalaman?
SUMBER PROTEIN DAN ZINK
Bagi ibu yang lepas bersalin, tentulah pergerakan kita terbatas kan? Jadi, cara mudah untuk dapatkan protein dan zink adalah melalui pengambilan ESP dan Zinc Complex dari Shaklee. Kenapa Shaklee? Sebab kesemua shaklee dirumus khas daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi dan ianya juga dijamin berkesan.
Kalau dah shampu yang mengandungi bahan kimia yang tinggi tidak elok untuk rambut kita, suplimen apatah lagi kan. Tentula kita tak nak jadi kan badan kita ni makmal kimia. Betul tak?
Dengan pengambilan ESP dan Zinc, kepala anda yang dah hampir botak tu bukan saja boleh ditumbuhi rambut yang banyak. Malahan rambut anda boleh nampak hitam dan berkilat macam anak dara belasan tahun lagi. Siapa tak nak kan.
Cukup ke 2 suplimen ni? Sebenarnya untuk dapat kan rambut yang lebat macam model atas tu, lagi baik kita amik set lengkap penjagaan rambut shaklee. Dengan pengambilan tambahan B complex dan Revitalizing shampoo lagi la rambut anda akan kelihatan BERMAYA, BERKILAT dan SIHAT. Tentunya suami yang memandang tu akan tergoda. Asyik nak belai-belai rambut kita je.
Mudahkan nak dapat rambut yang cantik dan sihat. Anda tentu tak nak suami pandang tak ada selera kan.
Masih belum terlambat untuk bertindak. Jangan berlengah-lengah lagi. Tak rugi pon anda cuba. Cepat bina sel-sel badan anda, supaya rambut anda tu sihat cantik dan kuat. Hubungi saya sekarang juga.
Bagi yang suka shopping online, boleh terus klik pada ikon di bawah ni.
Untuk dapatkan nasihat dan konsultasi kesihatan rambut secara percuma, jangan segan jangan malu. Hubungi saya di talian seperti berikut: (p/s: saya tak makan orang taw.. =))
Your SIDPRO!
Hannah Farhana (ID 1176244)
Pengedar Shaklee Melaka dan Seluruh MALAYSIA
Hannah Farhana (ID 1176244)
Pengedar Shaklee Melaka dan Seluruh MALAYSIA
FB: Radin Mas Nyawa
Page: hannahvitashoppe
No Tel: 0197000820
Email: sitinurfarhanaaa@gmail.com
COD area: Cheng, Pokok Mangga, Malim, Bandar hilir, Seri Negeri, MITC
Pos: SELURUH MALAYSIA
Till we meet in the next entry
~~Happy Shopping~~
1 Komentar untuk "5 CARA ATASI RAMBUT GUGUR TERUK SELEPAS BERSALIN"
betul...kalo x cukup kekuatan akar, memang sebang gugur
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.