Assalamualaikum ibu-ibu..
Apa khabar ibu-ibu hamil sekalian? Dah buat monthly check up? Berat OK? Tekanan darah OK? Hb OK? hehehe. Tu la kan. Kita sebagai ibu ni macam-macam nak kena jaga. Nak-nak time pregnant ni. Kalau ada sesiapa yang hb dia tak OK tu, jangan risau taw. Sebab.. Hari ini saya nak kongsi rahsia macam mana ibu-ibu semua boleh naik kan balik hb ibu-ibu. Atau pun kata lainnya bagaimana cara untuk merawat anemia ketika hamil. Sepantas kilat (OK. Itu tipu. hehe. Tak ada la secepat kilat. Tapi cepat la..)
Kesiankan bayi kat atas ni. Lahir-lahir je terus kena masuk NICU duduk incubator. Tengok la saiz dia pon, kecik ajer. Ini adalah salah satu kesan jika ibu yang mengandung mengalami anemia ketika hamil. Ya, bayi kita akan lahir tak cukup berat. Kenapa boleh jadi macam tu? Jom sambung baca. Saya akan terangkan lebih lanjut. (macam terror sangat pulak nak terang kat orang ye.. heheh)
Apa itu anemia?
Saya rasa ramai ibu-ibu hamil yang dah tahu apa itu anemia a.k.a darah rendah. Perlu difahami disini, darah rendah yang dimaksudkan adalah kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam darah. Hb adalah singkatan kepada hemoglobin. Ibu-ibu hamil yang mempunyai anemia kebiasaannya akan cepat penat, letih dan lesu, dan ada juga yang sampai tercungap-cungap seolah-olah kurang nafas. Kenapa boleh jadi begini?
Tadi kita dah tahu bahawa ibu hamil yang mengidap anemia mempunyai sel darah merah yang rendah. Apa tugas sel darah merah ni?
Ya. Tugas sel darah merah untuk bawa oksigen ke seluruh tubuh kita. Bawa oksigen pergi jantung. Pergi Otak. Sebab itu, bila kita kurang sel darah merah atau anemia, kita akan cepat rasa letih atau tercungap-cungap tak cukup nafas. Sebab kita kurang oksigen. (Pernah tak rasa begitu ibu-ibu sekalian?)
Senang cakap sel darah merah ni fungsi dia macam kereta. Kalau kita ada kereta, nak pergi mana-mana pon boleh kan? Kalau kita nak ke suatu tempat tapi kita tak ada transport. Tak ada kereta. Boleh tak kita sampai tempat tu?
Kenapa anemia BAHAYA ketika hamil?
Tahu tak macam mana bayi yang kita kandung makan? Bila saya cakap macam ni, mesti ada ibu-ibu yang membayangkan bayi tu makan melalui mulut kan. Sebenarnya bayi yang kita kandung ni makan melalui tali pusat dia. Tak melalui mulut pun.
Semua makanan yang kita makan akan dipecahkan kepada glukos, lemak dan protein. Nutrien-nutrien ni akan diserap masuk dalam sel darah merah kita dan dihantar kepada bayi melalui plasenta dia. Plasenta ni, bahasa pasor nya uri la.
Fungsi sel darah merah pada plasenta ni sama la macam fungsi sel darah merah kita tu. Bawak oksigen. Selain itu dia bawak segala nutrien, segala vitamin untuk tumbesaran bayi tu. Jadi kalau sel darah merah kurang, maka bayi kita akan mendapat oksigen dan makanan yang sikit la. Seolah-olah macam tak cukup makan la.
Sebab tu ibu hamil yang mengalami anemia akan berpotensi untuk lahirkan bayi yang kecil. Macam dalam gambar kat atas tu. Agak-agak ibu gembira tak kalau anak kita lahir kecil?
Masa saya hamil dulu pon, hb saya pernah sampai ke tahap anemia. Iaitu bacaan hb bawah 11. Risau betul waktu tu. Sama macam ibu dalam video ni. Dia pon risau. Tapi kami terus buat tindakan yang sama supaya bacaan hb kami cantik. Sampai la saat melahirkan. Nak tahu kami buat apa? Jom tengok.
Dah tengok? Cepat kan, hb dia naik balik. Tak payah tunggu lama-lama. Sebenarnya hb ni ada kaitan dengan zat besi taw. Apa kaitannya? Jom baca lagi.
Apa kaitan zat besi dan sel darah merah?
Ok. Cenggini. Kita tahu anemia ni masalah kurang sel darah merah. Jadi, penyelesaian nya adalah kita mesti la banyak kan sel darah merah tu kan. Macam mana nak banyak kan sel darah merah. Kat sini la datang fungsi zat besi tadi. Zat besi ni merupakan satu elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah. 70% sel darah merah terdiri dari zat besi.
Antara makanan yang tinggi zat besi ialah:
Tapi, agak-agak ibu semua, larat ke kita nak ambil makanan ni semua hari-hari? tahu tak berapa keperluan zat besi ibu mengandung setiap hari? Rasanya muak juga kalau nak makan hati ayam hari-hari. Hehehe Lagipun tak termampu rasanya nak makan hati banyak-banyak sekali makan kan. Sebab tu, kami awal-awal lagi dah ambil langkah pencegahan yang cepat dan selamat. Ambil vitalea yang kaya dengan sumber zat besi.
Tahu tak bahawa penyerapan zat besi yang baik adalah dengan pengambilan vitamin C. Vitamin C kita tahu ada dalam oren kan. Jadi lepas kita makan pagi ke, makan tengahari ke seeloknya kita minum sekali dengan air oren. Jadi vitamin C dalam oren tu akan bantu penyerapan zat besi yang optimum. Yang berkesan. Nampak tak flow dia?
Bagi yang tak nak susah-susah cari air oren, makan kerang, makan hati macam saya ni, senang je. Saya cuma ambil 2 biji Vita-C dan 2 biji Vitalea Shaklee semasa mengandung dulu. Sah-sah saya dapat cukupkan keperluan zat besi dalam badan saya. Cer tengok baby saya ni. Comel tak? (Macam mami dia kan.. Hahaha)
Anda mahukan baby yang sihat dan ceria, pastikan anda mengambil vitamin shaklee ni hari ini juga. Ibu sihat tentunya akan melahirkan bayi yang sihat juga betul tak? Mana taw dengan cara ni, bacaan hb ibu-ibu cantik je tiap-tiap bulan. Tak ada la nak dengar misi ke doktor tu bebel-bebel kat kita lagi. hehheheh
Your SIDPRO
Hannah Aziz (ID 1176244)
Pengedar Shaklee Melaka dan Seluruh Malaysia
FB: Radin Mas Nyawa
Page: hannahvitashoppe
No Tel: 0197000820
Email: sitinurfarhanaaa@gmail.com
COD area: Cheng, Pokok Mangga, Malim, Bandar hilir, Seri Negeri, MITC
Pos: SELURUH MALAYSIA
Till we meet in the next entry
~~Happy Reading~~
0 Komentar untuk "Cara rawat Anemia ketika hamil dengan cepat "
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.