PERCUTIAN PERCUMA DI SRI INTAN RESORT OLEH PM HADHATINA

Assalamualaikum semua..

Banyak betul yang nak di tulis sampai dah terlupa nak update pasal PERCUTIAN PERCUMA organize by PM Hadhatina a.k.a mami hadha. Heheh (Ayat nak poyo je kan..) OK. Sebagai pembuka cerita,  Sabtu dua minggu yang lepas mami Hadha dan suami nya dedi MKB (which is our top leader) ada anjurkan satu Team Building di Sri Intan Resort Port dickson. Team Building ni hanya diberi kepada insan-insan terpilih sahaja.


Sebelum pemilihan tu, mami hadha dah keluarkan senarai-senarai kategori insan terpilih tu dalam group Supermom Club house. Wahhh bila baca je kategori ni, terus rasa macam dah tak ada harapan nak dipilih.


Mana tak nya, kategori 1 confirm la tak masuk. Kategori 2 pun tak lepas jugak. Tengok plak kategori 3 untuk new leader. Saya ni SID je. Leader yang paling rendah pon belum masuk kategori lagi. Huhu Ok tak apa. Tengok lagi kategori 4 untuk achievers dalam salah satu inisiatif yang supermom anjurkan. Aiyak. Semua tak lepas. 

Tapi ayat akhir mami Hadha dalam iklan dia tu ialah mami akan pilih jugak beberapa orang atas budibicara mami dan dedi. Wahh bila baca ayat ni memang dalam hati simpan harapan dan yakin SAYA LAH ORANG ITU. (wahh confident gitu..)

Kemudian, sampai la waktu pemilihan tu. Mami keluarkan lagi satu iklan dalam group supermom. Minta sesiapa yang nak join team building ni isi google doc yang diorang dah buat. Saya pon cepat-cepat la isi. Jemputan batch 1 akan dihantar pada mereka yang layak untuk 4 kategori tu sebelum 15 Februari 2015. So lepas 15 haribulan tu, saya pon tanya mami syireen (upline saya) dia ada dapat invitation tak. (Mami syireen salah sorang achiever dalam salah satu inisiatif supermom). Rupanya mami syireen dah dapat invitation tu. 

Lepas tahu yang mami syireen dah dapat invitation tu, saya pon memang tak simpan harapan dah. Lagi pun seminggu sebelum tu saya dah bercuti family day husband di PD juga. So tak ada la rasa kecewa sangat. Tup.. Tup.. 26 Februari 2015 saya dapat invitation melalui PA mami hadha. Wahhh sukanya sukanya..


Seronok rasa nya terpilih. Yang jadi lebih seronok bila kak long (anak shaklee sulung mami syireen) pon terpilih sama. Jadi kami ni anak beranak dapat join team building ni. Yang tak best sikit, sebab husband saya tak dapat join. Clash dengan program selawat di rumah CM yang dia kena handle. 

So bila dah pergi sana, excited giler sebab jumpa ramai sangat pelakon-pelakon terkenal shaklee. Antara nya pelakon-pelakon yang berlakon dalam video kat bawah ni.


Dia ni sebenarnya dapat satu rumah dengan mami syireen. Masa dia nak minta kunci pada mami syireen, saya ada dengan mami. Lepas je bagi kunci rumah tu, kami ni puas la berfikir, siapa dia. macam familiar. Laa.. rupa-rupanya bro dalam video ni heheh.



Ha.. Pelakon dalam dua video ni pun kitorang jumpa. Tapi diorang ni bukan berlakon main-main ye. Ini kisah benar. Bukan lakonan semata-mata.

Antara aktiviti kitorang masa kat Sri Intan ni ialah SWOT analysis, rancang inisiatif untuk atasi SWOT tadi. Pastu kami belajar lagu supermom. Supermom ibu yang hebat, ceria hadapi cabaran, suami dan anak-anak sayangimu. Lalalala.. Then dedi ada bentang kan sales supermom 3 cycle lepas. mak aih.. sales nya juta-juta u alls.. Pengsan tengok! heheh Then malam tu kami ada BBQ. Macam biasa la makan ikan bakar, ayam, sausage, kambing. Nyum nyum.

Tiba la acara yang dinanti-nantikan keesokan hari nya. Supermom Team Building. disebabkan tak dapat main sukaneka masa kat PRCC minggu sebelum ni, kali ini saya nekad nak main jugak. Walaupun kena dukung Amani. Kata supermom. hehe





Nampak tak dalam gambar ni, group saya tu ada 2 orang tengah dukung anak huhu

Wah yang bestnya apa taw, group kitorang dapat nombor satu. Hahaha. Padahal hadiah nya sama je pun. Nombor 1 sampi nombor 5, hadiah nya itu jugak lah. Tapi nak seronok punya pasal. Nak jugak nombor satu. ahhaha



Habis je aktiviti ni kami balik ke bilik, kemas-kemas barang untuk check out. Tapi aktiviti tak habis lagi taw. Ada majlis perlantikan AJK region supermom dan perlancaran masteria. Best main masteria ni. Game board yang menceritakan pengalaman dan perjalanan SID. Saya berjaya kumpul 12 downline. Sikit lagi nak jadi master. Kalau dapat 13 downline dah jadi master dah. 

Oh ye. Mami jugak lancarkan contest iPhone supermom taw. Syarat dia ialah pembelian game boarad masteria tu. Bestnya la diorang ni. Asyik nak bagi kitorang hadiah jer.. Huhuhu Jangan tak tahu, saya pon berpeluang jadi pelakon taw. Tengok video ni.




Ha.. itu la antara pengisian program supermom team building ni. Seronok. Dapat kenal ramai leader-leader shaklee yang hebat. Sharing knowledge. Memang seronok. saya rasa bertuah sangat dapat join program ni. Terharu sangat sebab dapat leader yang supportive macam mami dan dedi ni.

Korang pon boleh rasakan kehebatan dan ke'best'an group shaklee kami ni. Walaupun shaklee ni MLM, tapi dia tak sama macam MLM yang lain. Saya boleh katakan kebergantungan saya pad Allah lebih kuat sejak saya join shaklee ni. Solat lebih teratur dan sentiasa jaga untuk solat di awal waktu.

Rugi kalau korang tak join Shaklee ni bawah group saya. Apa je yang leader tak support. Untung runcit dapat. Bonus Shaklee dapat. Hadiah dari leader dapat. Leader pulak berebut-rebut nak bagi hadiah. 

Jangan tunggu lagi. Cepat-cepat join shaklee bawah group saya. Boleh tambah pendapatan. Nak-nak GST dah dekat ni kan. Selain tu, boleh perbaiki diri. Perbaiki ibadah. Just klik button dibawah dan isikan maklumat anda dalam form yang disediakan sahaja. I will see u on TOP!



Till we meet in the next entry
~~Happy reading~~
Share this article :
+
Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "PERCUTIAN PERCUMA DI SRI INTAN RESORT OLEH PM HADHATINA"

happening habis... syioknye group kite kan... dlm bisnes ade fun..dalm bisnes ade ukhuwah..
tak boleh beli dgn wang ringgit semua ni

Best neni. Kalau neni ada masa tu lagi best. Memang ikatan ukhuwah tu yang best sebenarnya.

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top