Hari keluarga di Primaland Resort Port Dickson

Assalamualaikum semua..

Jumaat and sabtu lepas, which is semalam (ketika entry ini didraf.. huhu), ofis husband saya ada organize family day di Primaland  Port Dickson Resort And Convention Centre (PRCC). Saya kan, bila husband bagitahu je ada family day kat situ, saya jadi excited. Sebab kat PRCC ni ada water park. Lebih kurang macam Bayou Lagoon yang saya story mory tempoh hari. huhu Excited nak bawak Amani berenang.



Ok. Nak jadikan cerita, hari jumaat tu saya cuti. Tapi cik abe kerja half day. So kami gerak ke sana lambat sikit. Jam 4 lebih baru gerak. Tiba kat sana, settle cek in sumer dah jam 6. Dalam hati ni dah tak sabar dah nak pegi mandi kolam.. Hahaha mengalahkan anak, mummy nya ni.. Disebabkan cek in pon dah dekat jam 6 jadinya kami ni dapatla bilik kat blok hujung-hujung. Dapat blok C. PRCC ni besar jugak, sesuai la kalau nak buat family day yang melibatkan lebih kurang 500 keluarga. 

Blok C ni jauh sikit dari reception counter, jadi kena la naik kereta nak ke bilik tu. (Kalau dari blok C ni nak ke entrance team park tu pon kena naik kereta jugak. Sebab Entrance team park tu dekat dengan blok G and F. Jadi blok C ni consider jauh la sebenarnya) Sampai je kat parking lot blok C tu kami jadi curious sikit. Tak ada kereta pon kat blok tu. dalam hati tertanya-tanya kami je ke yang duduk blok tu. Seram jugak. Dengan lif rosak nya. Tapi saya sedap kan hati. Bagitahu kat husband, mungkin ini la yang paling terbaik Allah beri pada kita. Mana taw duduk blok A, bilik nya tak best ke, econ rosak ke.

Layout blok di PRCC (Used to known as Tiara Beach Resort)

Kami pon punggah la barang-barang nak bawak naik. Nasib baik gak ada 1 lif yang elok. (1 blok ada 2 lif. 1 rosak) Tapi lif ni jauh sikit dari bilik kami. Dari lif tu nak ke bilik kami terpaksa tawaf sikit blok tu. So sepanjang tawaf tu nampak la blok yang kami duduk tu macam bangunan tinggal. Scary giler. Nak bukak pintu tu pon rasa macam nak cepat-cepat masuk bilik. Masuk-masuk je bilik, rasa lega sikit. Nasib baik bilik dia bersih . Kemas. Selesa la nak stay for 1-2 nights.


Katil single ada 2. Abaikan keselerakan atas katil tu.. Hehehe

Ada ruang untuk menonton

Ni ruang dapur. Sebelah katil


Dah siap-siap solat, tukar baju semua. Kami pon apa lagi pecut balik ke blok g. Park kereta. Terus masuk water park. Disebabkan kami pegi sini atas ticket family day, so tak ada la kena bayar entrance fee water park tu. (Sebab dah include dalam bayaran family day) Tapi kalau kita saje-saje nak g stay sana, masuk water park tu kena bayar rasanya. Entrance fee dia macam dalam gambar kat bawah ni.



Ha.. Seperti yang tertulis kat situ. NO OUTSIDE FOOD ALLOWED. So jangan berangan la nak bawak makanan luar masuk ye. hehehe. Kami mandi tak lama pon. Sebab water park tutup jam 7. Jadi kami dapat mandi lebih kurang setengah jam je. Ok la. Dapat la rasa jugak.. hehe Ni nak belanja sikit gambar-gambar first day kat sana..








Malam plak kami ada bbq plus cabutan bertuah. Hadiah utama best giler. Motorsikal. Pakcik menang motor.... hehe. Ada gak hadiah basikal, tv, mesin basuh, peti ais. Dasyatnya dorang punya cabutan bertuah. Cuma malam tu kami takde luck. So tak dapat satu pon cabutan bertuah. Huhu.

Ok, disebabkan dari petang tadi dah join aktiviti macam-macam, jadi belah malam saya buat macam akak dalam video ni buat bagi hilangkan penat.

Tips nak hilangkan penat from iReach HD on Vimeo.

Esok nya seawal jam 7.30 pagi lagi dah siap mandi kan Amani. Konon-kononnya jam 8 pagi nak join senamrobik la. Kitorang pon gerak la ke tempat breakfast which is dekat je dengan tempat senaman tu. Sampai-sampai je senaman dah start. Memang tak la, nak join. Hahahha. Sebab nya tak breakfast lagi. Makan tu yang penting. Haha

Amani jumpa geng
Siap-siap makan tu sukaneka pon dah start. Masa kitorang tiba kat site sukaneka tu, sukaneka untuk kanak-kanak tengah jalan. So saya ni dah ready dah nak tunggu masa untuk sukaneka dewasa or sukaneka suami isteri. Hajat hati ni memang nak sangat join sukaneka tu. Tunggu punya tunggu sampai Amani pon tetido. Stroller dia tak bawak pulak. Carrier pon tak bawak. Jadinya tengok ajer la sukaneka tu.. Alooo kempunan nak join.. hahhaha (punya la lama tak bersukan sampai sukaneka pon boleh kempunan) Tak apa la, anak punya pasal.

Amani selfie dengan bob AF




The only acara yang dapat join is teka biji betik dalam betik yang belum dipotong. Seorang boleh teka 1 kali. Jadi kami ni bubuh la nama kami bertiga. Husband teka 450 biji. Saya teka 350. Bubuh nama Amani teka 270. Tak sangka kami dapat hadiah untuk 450 biji tu. Banyaknya biji betik dalam tu. Dekat 500 biji jugak. Tak sangka kan. Ni pulak gambar-gambar untuk hari kedua.



Bersama Dato' SUK Negeri Melaka


So sebab nak join sukaneka tak dapat, kitorang beralih la ke kolam mandi. Tiba kat kolam mandi Amani pon bangun. Ha.. Apalagi. Masuk kolam la kami. Huhuhu Mandi lebih kurang, terus kami naik ke bilik nak kemas-kemas and check out. So tamat la hari keluarga Pejabat Ketua Menteri Melaka di PRCC. Siap-siap kemas tu kami terus check out and cari lunch kat luar. Hadiah teka biji betik tu pon kawan husband yang amik kan sebab kitorang dah balik dulu. 

So basically hotel ni in term of team park not bad la. Tapi kekemasan bangunan dia tu ada sikit tak best la. Anyway bilik dia kemas dan luas. Memamng selesa sangat kalau nak bawak keluarga yang ramai.

Till we meet in the next entry
~~Happy Reading~~



  
Share this article :
+
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Hari keluarga di Primaland Resort Port Dickson"

bestnye jejalan...lama tak jejalan gitu hehe
oh ya btw..blog sis tersenarai dlm cikgunye bloglist tau..selalu2 la jenguk ye tq :)

Best jugak la.. huhu owh tersenarai ye. Suka/ Suka.. Tq. T sekarang jugak saya pergi jenguk.

PROMOSI HEBAT !!!!!
Percutian menarik di Primaland Resort,Port Dickson.
Apartmen 2 bilik tidur 2 bilik air.
Syarat :
1. Hanya semurah RM 200 (2 hari 1 malam).

2. Booking tarikh beserta bukti pembayaran.

3. Harga tidak kira cuti umum, perayaan atau sebagainya.

4. Rumah hanya tingkat 1 blok A, bersebelahan lif dan berdekatan taman tema air yg luas.

5. Untuk tempahan boleh hubungi/w.app kak nora(0133336227) / En Zul (0136181223).

☆Harga tidak termasuk tiket taman tema air☆

JOM CUTI CUTI MALAYSIA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG

SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!!

Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.

Terima Kasih Komen Anda
 
Template By. Kunci Dunia - Designed By sensasi2020
Back To Top