Baru-baru ini kawan saya telah lancar satu projek kebajikan yang mengumpulkan barang-barang baby untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Semenjak ada baby ni, saya sangat teruja apa-apa yang berkaitan baby.
Jadi saya rasa terpanggil untuk share kan benda baik ni dengan kawan-kawan semua.
Bayi ibarat kain putih. Tiada apa dosa.
Bila saya dapat tahu mengenai perkara ini, saya story pada husband. Pada awalnya dia acuh tak acuh je dengan cerita saya tu. Konon-konon macam tak percaya dengan kesahihan perkara itu. Tapi bila one of the project initiator kawan dia sendiri, dia mula bagi support pada saya.
So basically projek ni baru je bermula, tapi nampak dah dapat sambutan yang memberansangkan. Jadi pada sesiapa yang rasanya yang tamak pahala, nak menyumbang kepada bayi suci murni, boleh la sumbangkan apa sahaja barang-barang yang sesuai untuk bayi berumur 0-12 bulan.
Antara barang yang boleh disumbang:
- Botol minuman (feeding bottle)
- Breast pump
- Baju dan seluar lengan pendek
- Baju dan seluar lengan panjang
- Booties and mitten (Socks pon boleh)
- Barang-barang mandian bayi
- Termometer
- Nasal Aspirator
- Minyak telon
- Dan lain-lain
Preloved item pon diterima. Tetapi jika anda nak derma barang-barang yang baru lagii baik. Maklum la yang nak pakai ni baby. Biasanya kulit mereka sensitif.
Kesemua barang-barang ini akan di agih dan dimasukkan ke dalam kotak mengikut saiz. Basically apa yang ada dalam satu kotak adalah seperti gambar di atas.
Tapi..
Kalau anda semua tak ada barang-barang baby ni, tapi still rasa nak sumbang juga untuk projek ni, jangan risau..
Anda boleh sumbang serendah RM30 pada akaun di atas untuk mereka dapatkan barang-barang untuk sekotak BABY BOX ni. Kalau tak silap saya kawan saya ni aim untuk collect RM15k supaya dapat agih kan kepada seramai yang mungkin. So far kutipan boleh menampung sehingga 500 boxes.
Syukur alhamdulillah..
Ok. pada sesiapa yang inginkan kepastian, korang boleh la ke majlis pelancaran baby box ni seperti yang tertera. Moga usaha kita
ini dipermudahkan dan mendapat keredhaan Allah. Insya-allah
ini dipermudahkan dan mendapat keredhaan Allah. Insya-allah
Atau boleh hubungi admin Siti Balqish or Rabiatul Adawiyah.
Offical fb pages Projek Tamak Pahala
Jom sama-sama kita tamak pahala!
Till we meet in the next entry..
~~Happy Reading~~
2 Komentar untuk "BABY BOX! PROJEK TAMAK PAHALA"
bagusnya projek ni..harusdisebarkan kepada lebih ramai orang
Ye betul tu.. minta tolong rakan-rakan blogger promote ye.. Hehe
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.