Jumaat yang lepas genap umur Amani setahun. Tapi dia masih bertatih-tatih lagi. Meniti otang kata..
Semasa dia umur 5 bulan, dia dah tumbuh pasangan gigi yang pertama. Kata orang, kalau tumbuh gigi dulu, maka lambat berjalan. Hehe
Macam-macam tips dan teknik saya baca di blog semasa blogwalking. Tapi suami saya ni ada satu petua yang dia amalkan untuk anak cepat jalan.
Nak tahu tak apa petuanya..
Jeng jeng jeng
Ye.. pagi-pagi dia bawak Amani pegi kat halaman rumah kami. Pijak rumput. Ha..
Itu lah petua nya. Mula-mula saya nampak pelik juga. Sebab tak pernah tahu. Bila saya tanya tujuannya. Dia cakap nak bagi kaki kena embun. Kasi kuat. Jadi cepat la jalan.
Wallahualam..
Kalau ada siapa-siapa yang baru tahu, boleh la cuba tips ni ye.
Oppss.. tapi mesti buat pagi-pagi taw. Baru la ada embunnya. Pastu pastikan rumput tu tak ada pokok semalu. Kang tak pasal-pasal melalak pulak budak tu..
Till we meet in the next entry
~~Happy Parenting~~
0 Komentar untuk "PETUA ANAK CEPAT JALAN"
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.