Baru-baru ini bayi saya terkena selsema dan batuk. Kesian dia. Hingus meleleh je. Kalau kita ni boleh je nak hembus keluarkan. Bayi tu mana la dia reti kan..
Sebelum saya nak terang mengenai cara melegakan selsema ni, ibu tahu tak kenapa selsema terjadi?
KENAPA SELSEMA DAN BATUK BAYI TERJADI
Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus.
Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain.
Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.
Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda.
Bayi-bayi cenderung untuk dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus.
Tahu tak ibu-ibu cara mudah untuk melegakan selsema dan batuk bayi.
#1
Jika hidung bayi anda tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi anda (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.
#2
Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap.
#3
Bersihkan rumah dan kelilingnya. Bila anak kita selsema mereka sangat sensitif dengan habuk. Jadi kalau dah lama tak bersihkan rumah tu, bawak-bawak la mengemop menyapu kan. Jangan la M ye ibu-ibu sekalian.
ha.. boleh la amalkan tips mudah ni dulukan. Kalau dah teruk sangat perlu juga bawa ke klinik. Risau jugak kan..
Till we meet in the next entry
~~Happy Parenting~~
4 Komentar untuk "MELEGAKAN SELSEMA DAN BATUK BAYI"
wah. menarik info ni Nana.. salam perkenalan..
jom follow blog saya
http://zalminhealthcare.blogspot.com/
Mak yang dh follow dh. Tq drop by..
Tip yang sangat bagus untuk bayi yang terkena selsema dan batuk. Terima kasih puan Hannah sudi berkongsi informasi ini...
Tq bro kamil sudi singgah
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.