Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ada yang masih gigih mengepam tak. Mungkin ada juga yang dah weaned off. Apa juga status anda, saya pasti semua ibu-ibu nak tahu kan, apa sebenarnya yang ada dalam susu ibu yang lazat berkrim disukai baby kita tu. Betul tak.
Fakta #1
Susu ibu yang dihasilkan pada awal kelahiran adalah berbeza dengan susu ibu yang dihasilkan selepas seminggu (tempoh ini berbeza-beza bagi setiap orang) melahirkan.
Cuba tengok gambar kat atas tu. Yang kiri adalah susu ibu selepas seminggu. Yang kanan ialah susu diawal kehamilan.
Ini kerana susu ibu pada awal kelahiran adalah kolestrum dan susu ibu selepas seminggu tidak mengandungi kolestrum dan ianyalebih pekat dan berlemak.
Fakta #2
Pengambilan susu ibu boleh mengelakkan penyakit diabetes untuk kedua-dua bayi dan ibu.
Fakta #3
Susu ibu yang baik mengandungi jumlah yang cukup bagi vitamin, mineral, enzim pencernaan, dan homon.
Yang paling penting, susu ibu mengandungi antibodi dan lympocytes yang membolehkan bayi melawan jangkitan. Ini tidak dapat dihasilkan oleh mana-mana susu formula kerana ia adalah purely dari badan seorang ibu.
Subhanallah. Hebat ciptaan Allah.
Ibu ini hampir panik sebab susunya hampir tak ada bila nak mula kerja selepas cuti bersalin. Jom tengok apa yang dia buat..
Fakta #4
Susu ibu mengandungi 0.8% protein, 4.5% lemak, 7.1% karbohidrat, 0.2% mineral.
Fakta #5
Susu ibu mengandungi jenis gula yang unik yang di panggil oligosaccharides. Iaitu sejenis rantaian panjang gula kompleks. Gula ini tidak dapat diperoleh pada mana-mana sumber semula jadi.
Gula ini tidak dihadam oleh bayi. Tetapi dimakan oleh bakteria baik yang hidup dalam perut bayi yang bekerja untuk melawan segala jangkitan.
Fakta #6
Susu ibu digunakan secara tradisional untuk merawat sakit mata, gigitan nyamuk, luka-luka kecil dan lecetan.
Fakta #7
Susu ibu yang diperah atau EBM tidak boleh disimpan dalam plastik storage yang digunakan semula atau plastik yang digunakan untuk kegunaan rumah. Kerana ianya sangat mudah dicemari oleh bakteria.
Fakta #8
Penghasilan susu adalah mengikut keperluan. Semakin banyak kita menyusukan bayi semakin banyak penghasilan susu ibu. Memang susah untuk kita menyusukan bayi kita seoanjang hari. Tapi itu la yang terbaik untuk bayi kita.
Fakta #9
Adakah semua drug yang ada dalam ubat-ubatan akan masuk ke dalam darah ibu dan dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu?
Secara umumnya, memang kebanyakan drug yang ada dalam ubat-ubatan akan dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu. Sebab itu ibu-ibu tak digalakkan untuk ambil ubat-ubatan yang mengandungi drug. Rujuk SINI
SET PENYUSUAN TANPA DADAH << KLIK SINI
Fakta #10
Tahu tak rupa-rupanya susu ibu boleh dibuat loket. Ianya dipanggil Breast Milk Jewelry. Biasanya minah-minah saleh yang buat as a keepsake. Tapi saya tak pernah nampak plak orang kita pakai. heheh
Ok. Itu je fakta yang saya nak kongsi dengan anda semua buat masa ini.
Till we meet in the next entry.
~~Happy Reading~~
Ok. Itu je fakta yang saya nak kongsi dengan anda semua buat masa ini.
Till we meet in the next entry.
~~Happy Reading~~
0 Komentar untuk "10 PERKARA TENTANG SUSU IBU YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU "
Terima kasih diatas komen saudara/saudari yang dikasihi. Saya amat menghargainya.